• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

oleh Mynewshub
17/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak menerima layanan sama daripada Kerajaan Persekutuan seperti projek LRT Mutiara Line di Pulau Pinang yang telah diberikan kelulusan untuk memulakan pembinaan dengan siling kos RM16.8 bilion.

Menurut beliau, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook malah gagal memberikan jawapan yang jelas berhubung garis masa pelaksanaan projek E-ART ketika menjawab pertanyaan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam.

Katanya, apabila Onn Hafiz mengemukakan soalan berhubung bila projek itu akan dimulakan, bila Surat Setuju Terima (SST) akan dikeluarkan, bila kerja fizikal bermula dan bila operasi dijangka dilaksanakan, Menteri Pengangkutan hanya menjelaskan projek itu di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri.

“Dengan kata lain, Menteri Pengangkutan gagal menjawab persoalan utama mengenai tempoh pelaksanaan projek dan seolah-olah menyerahkan tanggungjawab itu kepada Jabatan Perdana Menteri di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ka Siong berkata, sebagai Ahli Parlimen dari Johor, beliau kecewa dengan penerangan tidak jelas serta sikap yang dilihat kurang memberi keutamaan terhadap pelaksanaan projek E-ART yang amat penting bagi masa depan sistem pengangkutan negeri ini.

Beliau menegaskan, E-ART bukan projek infrastruktur biasa memandangkan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dijadualkan mula beroperasi pada Januari 2027, sekali gus menjadikan JB Sentral antara hab pengangkutan paling sibuk di negara ini.

Menurutnya, tanpa sistem pengangkutan awam yang berkesan untuk menguruskan aliran penumpang, Johor Bahru berisiko berdepan kesesakan lalu lintas yang lebih serius apabila RTS beroperasi kelak.

“E-ART adalah projek pengangkutan awam. Kementerian Pengangkutan tidak boleh sekadar ‘mencuci tangan’ dan menolak tanggungjawab kepada pihak lain.

“Jika Pulau Pinang sudah boleh memulakan pembinaan selepas menerima sokongan kuat Kerajaan Persekutuan bagi projek LRT Mutiara Line dengan siling kos RM16.8 bilion, maka Johor juga mesti diberi layanan yang adil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peruntukan antara RM10 bilion hingga RM16.8 bilion kepada kerajaan Johor bagi membolehkan projek E-ART dilaksanakan termasuk untuk tujuan pengembangan rangkaian pada masa hadapan, sama seperti sokongan yang diberikan kepada projek LRT Mutiara Line di Pulau Pinang.

“Johor lebih memahami keperluan trafiknya sendiri. Johor tahu di mana titik-titik kesesakan utama. Johor tahu apa yang mesti dilakukan sebelum RTS mula beroperasi,” katanya.

“Jika kerajaan persekutuan tidak mampu memberikan garis masa yang jelas, tidak mampu mengeluarkan LOA dan tidak mampu mempercepatkan pelaksanaan projek ini, maka salurkan sahaja peruntukan tersebut kepada Johor dan biarkan kerajaan negeri menggerakkannya.

“Ini bukan soal politik. Ini soal kehidupan harian rakyat Johor dan masa depan pertumbuhan ekonomi negeri ini. Rakyat Johor juga membayar cukai. Johor memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Johor berhak mendapat perhatian serius, keutamaan, layanan adil dan komitmen yang sama daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wee Ka Siong

 

Tags: Anthony Loke Siew FookDatuk Onn Hafiz GhaziDatuk Seri Wee Ka SiongElevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johorkerajaan persekutuanLayananLRT Mutiara Linementeri Besar JohorMenteri PengangkutanperuntukanPresiden MCAprojekPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Sekolah Persendirian Cina Naik Kepada RM20.16 Juta, Bukti Sokongan Kerajaan Madani – Teo Nie Ching

Peruntukan Sekolah Persendirian Cina Naik Kepada RM20.16 Juta, Bukti Sokongan Kerajaan Madani – Teo Nie Ching

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Peruntukan kepada sekolah persendirian Cina meningkat daripada RM12 juta pada tahun 2019 dan RM15 juta pada tahun...

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd