• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya yang boleh mengganggu kestabilan negara.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, gangguan bekalan minyak bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat, malah boleh menjejaskan ekonomi serta keyakinan pelabur terhadap negara.

“Bayangkan kalau bekalan minyak terganggu. Rakyat akan marah. Turun jalan raya. Keadaan huru-hara. Negara tak stabil.

“Pelabur akan rasa bimbang. Orang tak boleh pergi kerja, anak tak boleh pergi sekolah. Orang tak boleh keluar bekerja cari makan. Yang ini kesan lebih besar,” katanya di Bukit Batu dekat sini semalam.

Menurut beliau, dalam keadaan itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap isu bekalan minyak demi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Bagaimanapun, beliau mendakwa pada waktu kerajaan berusaha menangani isu rakyat, terdapat pihak mengajak kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta mengumumkan penubuhan parti-parti baharu.

“Masa inilah ketika Datuk Seri Anwar berhempas pulas mencari jalan membela rakyat. Bekalan minyak jangan putus. Ini akan menjadi punca kepada banyak masalah.

“Kerja beliau (Anwar) pagi, petang, siang dan malam menyelesaikan masalah rakyat. Tiba-tiba kita diajak untuk bertarung macam ini. Kita tak ada pilihan. Kita kena berdepan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Video Ucapan: Akaun Media Sosial Perpaduan Madani Kedah

 

 

Tags: bekalan minyakDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKerajaanNaib Presidennegara tidak stabilParti Keadilan Rakyat (PKR)pelabur bimbangPerdana Menterirakyat marahturun jalan raya
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - “Ada orang tanya aku, kenapa Dato’ Sri Najib dah bayar denda pun masih tak boleh balik rumah?...

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd