• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Undi BN Dapat Onn Hafiz!

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Johor: Undi BN Dapat Onn Hafiz!
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini hakikat yang sukar dinafikan setiap undi diberi kepada Barisan Nasional (BN) membawa satu mesej yang jelas.

Jika BN berjaya memperoleh mandat besar, maka Datuk Onn Hafiz Ghazi hampir pasti kembali dilantik sebagai Menteri Besar Johor bagi meneruskan pentadbirannya.

Berbeza dengan gabungan politik lain yang sehingga hari ini malu-malu atau takut untuk menyatakan calon Menteri Besar mereka kerana bimbang tercetus perbalahan.

Dalam erti kata lain jika mereka menang, sesiapa sahaja dalam kalangan kalangan parti lawan BN berpotensi dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor.

Barangkali sosok yang memperjuangkan Malaysia Malaysian atau yang pernah memperlekeh konsep Bangsa Johor mahupun yang mencintai projek ladang babi raksasa.

BN pula tampil dengan wajah kepimpinan yang terbukti berjaya membawa Johor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM110 bilion pada 2025 – rekod tertinggi dalam sejarah negara.

Realitinya, Onn Hafiz bukan sahaja mengetuai BN Johor dalam kempen kali ini, malah beliau turut mempertahankan kerusi DUN Machap sebagai penyandang.

Atas sebab itu, slogan “Undi BN Dapat Onn Hafiz” bukan hanya naratif politik, sebaliknya menggambarkan realiti semasa berbanding pihak lawan yang masih beretorik.

Onn Hafiz sendiri sering menegaskan bahawa masih banyak agenda pembangunan yang perlu beliau selesaikan di Johor.

Menegaskan komitmen untuk terus memberi tumpuan kepada Johor dan tidak bercadang beralih ke politik Persekutuan demi tanggungjawabnya di negeri itu.

Dalam kempen PRN kali ini juga, beliau mengambil pendirian jelas bahawa BN mahu memperoleh mandat sendiri untuk mentadbir Johor tanpa bergantung kepada pembentukan kerajaan gabungan selepas pilihan raya.

Justeru, sifir politik Johor ketika ini cukup mudah untuk difahami iaitu Undi BN Dapat Kemajuan, Undi BN Dapat Kemakmuran Bangsa Johor, Undi BN Dapat Onn Hafiz – MYNEWSHUB

 

Tags: Bangsa JohorCalonDatuk Onn Hafiz GhaziKemajuanmenteri Besar Johorpelaburanpilihan raya negeriPRN JohorUndi BN Dapat Onn Hafiz
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

Tunggang Motosikal Santuni Penduduk Jadi Trend Calon PRN Melaka

Tunggang Motosikal Santuni Penduduk Jadi Trend Calon PRN Melaka

04/11/2026
0

MELAKA - Aktiviti meronda kampung dan menyantuni penduduk dengan menunggang motosikal dilihat menjadi antara pendekatan kempen calon yang bertanding pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd