• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor – Syahir Sulaiman

oleh Mynewshub
03/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor –  Syahir Sulaiman
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri disaran tidak berkampung di Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya memberi tumpuah terhadap tugas di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, pimpinan Kerajaan Persekutuan juga harus menghentikan amalan ‘projek segera’ atau peruntukan bermusim setiap kali pilihan raya.

“PMX (Perdana Menteri) dan Jemaah Menteri, tugas kalian di Kabinet dan Parlimen, tidak perlu berkampung di Johor. Hentikan amalan ‘projek segera’ atau peruntukan bermusim setiap kali pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, isu ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kebajikan kekal menjadi pertimbangan utama dalam PRN Johor.

Menurut beliau, pada masa sama ketokohan serta kewibawaan calon turut dijangka mempengaruhi keputusan pilihan raya kali ini.

“Setiap blok (BN/PH/PN) bergantung kepada pengundi teras, namun undi penentu di tangan anak muda (20an – 40an), khususnya ‘first time voters’ dan pengundi luar yang mahukan perubahan.

“Walhasil, keputusan PRN Johor pastinya mendebarkan, bakal menjadi penanda aras baharu politik nasional,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syahir Sulaiman

Tags: BerkampungDatuk Seri Anwar Ibrahimjemaah menteriJohorMohd Syahir Che SulaimanPMXPRN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Setiausaha Politik Hadi Akui Semangat Bangsa Johor, Imej Onn Hafiz Beri Kelebihan Kepada BN

Setiausaha Politik Hadi Akui Semangat Bangsa Johor, Imej Onn Hafiz Beri Kelebihan Kepada BN

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman mengakui semangat 'Bangsa Johor' memberi kelebihan kepada Barisan...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd