• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen “Remove Rohingya from Malaysia” Dikenakan Sekatan

oleh Mynewshub
10/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Petisyen “Remove Rohingya from Malaysia” Dikenakan Sekatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah petisyen dalam talian bertajuk “Remove Rohingya from Malaysia” yang dilancarkan pada 29 Mei lalu tidak lagi boleh diakses oleh orang ramai.

Tinjauan Mynewshub malam ini mendapati petisyen tersebut yang telah meraih lebih 400,000 sokongan dikenakan sekatan oleh platform change dot org.

“Halaman ini sedang disemak. Petisyen ini tidak dapat diakses buat masa ini. Ia mungkin sedang disemak oleh moderator yang menguatkuasakan Garis Panduan Komuniti.

“Petisyen ini mungkin akan tersedia semula selepas proses semakan selesai. Kami menghargai kesabaran anda,” menurut notis yang dipaparkan oleh pengendali platform petisyen dalam talian itu.

Petisyen tersebut mendapat bantahan daripada 74 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia dari dalam dan luar negara yang melahirkan rasa kesal terhadap kewujudannya.

Antara NGO luar negara terlibat adalah Action Committee for Democracy Development, Burma Campaign UK, Asia Justice and Rights (AJAR), Manushya Foundation, India for Myanmar dan National Rural Women Coalition dari Filipina.

NGO di Malaysia pula antaranya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), All Women’s Action Society (AWAM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), ALIRAN, SIS Forum dan Pusat KOMAS. – MYNEWSHUB

Tags: change dot orgdisekatpetisyenRemove Rohingya from Malaysiasekatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Pihak Atas Dasar Hak Asasi Pun Tak Mahu Rohingya Sebelah Rumah” – ADUN Duyong

“Pihak Atas Dasar Hak Asasi Pun Tak Mahu Rohingya Sebelah Rumah” – ADUN Duyong

07/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem menjelaskan beliau memahami punca wujudnya petisyen...

NGO Kesal Kewujudan Petisyen Usir Rohingya

NGO Kesal Kewujudan Petisyen Usir Rohingya

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak pelarian melahirkan rasa kesal dengan kewujudan petisyen 'Remove Rohingya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd