• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
MCMC Turunkan Kandungan Hina Yang di-Pertuan Agong, Akaun Threads Disekat
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang disunting dengan unsur penghinaan menerusi platform media sosial Threads.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menghubungi Meta selaku penyedia platform berkenaan bagi menangani penyebaran kandungan tersebut.

Susulan tindakan itu, kandungan yang disyaki menghina Seri Paduka Baginda telah diturunkan, manakala akaun yang terlibat turut disekat daripada diakses.

Menurut MCMC, pihaknya akan terus bekerjasama dengan penyedia platform bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan garis panduan komuniti serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada masa sama, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan kandungan berkenaan.

MCMC menegaskan tindakan lanjut boleh diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik atau menyebarkan semula imej terbabit bagi mengelakkan kandungan berunsur penghinaan tersebut terus tular.

MCMC turut menggesa orang ramai menyalurkan sebarang aduan berkaitan melalui fungsi pelaporan di platform Threads atau Portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my.

Selain itu, laporan juga boleh dibuat menerusi saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. – MYNEWSHUB

Tags: Akaun ThreadsdisekathinakandunganMCMCTurunkanYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden Mesir, Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden Mesir, Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah hubungan persahabatan antara Malaysia dan Mesir semakin kukuh berlandaskan prinsip saling...

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

25/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti aduan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd