• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

oleh Mynewshub
12/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini supaya berkempen secara matang, berhemah dan tertib.

Menurut beliau, tempoh berkempen perlu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk membentangkan tawaran, rekod pencapaian dan hala tuju masing-masing.

“Saya menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) Johor agar berkempen dengan penuh tertib dan beradab,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz berkata, BN Johor mengambil maklum pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia berhubung tarikh-tarikh penting bagi PRN Johor ke-16.

Beliau merakamkan penghargaan kepada SPR atas persiapan dan pelaksanaan proses demokrasi itu selaras dengan peruntukan undang-undang serta tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Kepada Bangsa Johor yang saya kasihi, saya berharap tempoh ini menjadi ruang untuk membuat penilaian yang adil dan rasional. Nilailah berdasarkan rekod, kestabilan, pencapaian dan kemampuan untuk terus membawa Johor ke hadapan.

“Johor telah berada di landasan yang baik. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat, kita akan terus mempertahankan kestabilan dan meneruskan kemajuan demi masa depan negeri serta Bangsa Johor,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: berhemahDatuk Onn Hafiz GhazikempenMATANGmenteri Besar Johorpilihan raya negeriPRNSPRTertib
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd