• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Nafi Dakwaan Puad, Tegas Pembubaran DUN Ikut Proses Perlembagaan

oleh Mynewshub
25/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MT UMNO Mesyuarat Malam Ini – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa beliau pernah memaklumkan kononnya pihak Istana mengarahkan pembubaran Dewan Negeri Johor.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Onn Hafiz menjelaskan bahawa apa yang berlaku ialah pembubaran Dewan Negeri dibuat selepas memperoleh titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail selaku Pemangku Sultan Johor, sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

BACA: Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-merta 

Menurut beliau, Menteri Besar tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Negeri secara sewenang-wenangnya kerana proses tersebut tertakluk kepada peruntukan undang-undang negeri dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan.

“Saya telah mengadap dan mempersembahkan perkara tersebut. Selepas mendapat perkenan, saya mengumumkan pembubaran Dewan Negeri Johor kepada rakyat secara terbuka.

“Mendapat titah perkenan ialah satu proses perlembagaan dan sama sekali tidak bermaksud menerima arahan atau campur tangan politik,” katanya.

Onn Hafiz turut menyifatkan dakwaan yang dibuat sebagai tidak bertanggungjawab kerana didakwa memutarbelitkan proses perlembagaan yang sah sehingga mewujudkan persepsi bahawa Institusi Diraja mencampuri urusan serta keputusan politik UMNO Johor.

Beliau berkata, setiap individu berhak membuat keputusan politik termasuk meninggalkan parti dan berbeza pandangan dengan kepimpinan, namun kenyataan yang menyentuh Institusi Diraja adalah perkara serius serta berpotensi menyentuh sensitiviti 3R.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan serta tindakan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pada masa sama, Onn Hafiz menyeru semua pihak supaya menghormati Institusi Diraja, mematuhi Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan tidak memperalatkan institusi tersebut dalam pertelingkahan politik.

Terdahulu, Puad mengumumkan keluar daripada UMNO dan mendakwa UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan serta mengaitkan institusi diraja dalam beberapa keputusan politik negeri.-MYNEWSHUB

Tags: BN JohorCalon PRN JohorDatuk Dr Mohd Puad ZarkashiDatuk Onn Hafiz GhaziOnn Hafiz Ghazipuad zakarshiPuad Zarkashi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PAGI ini, muncul satu berita membosankan yakini bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad...

Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-merta

Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-merta

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd