• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Belia FELDA Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Johor, Onn Hafiz

oleh Mynewshub
20/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Majlis Belia FELDA Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Johor, Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Majlis Belia FELDA Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan Johor untuk meneruskan program bagi meraikan para peneroka FELDA di negeri ini.

Timbalan Presidennya, Muhammad Mustaqim Hassan berkata, beliau berterima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas keperihatinan terhadap warga FELDA.

“Kami dari Majlis Belia FELDA Malaysia berharap kepimpinan ini akan terus kekal demi membela nasib warga peneroka FELDA,” katanya menerusi ruangan komen di media sosial.

Semalam Mynewshub melaporkan kerajaan Johor akan meneruskan program meraikan para peneroka FELDA di negeri ini walaupun FELDA membatalkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang sepatutnya berlangsung pada 20 hingga 21 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip dipetik berkata, ia termasuk penyerahan hak milik kepada 210 peneroka FELDA Johor yang akan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Kerajaan Johor sedang berikhtiar untuk meneruskan majlis penyerahan hak milik kepada 210 orang peneroka ini yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan menyampaikan sendiri dan mungkin program ini tidak sebesar sambutan Hari Peneroka, tetapi ia tetap juga dijalankan untuk menyampaikan amanah kami,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: batalDatuk Onn Hafiz GhaziDiteruskankerajaan JohorMajlis Belia FELDA Malaysiamenteri Besar JohorMuhammad Mustaqim HassanRai Peneroka Felda JohorSambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026Terima Kasihtimbalan presiden
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd