• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Teruskan Penyerahan Hak Milik 210 Peneroka FELDA 23 Jun

oleh Mynewshub
21/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Johor Teruskan Penyerahan Hak Milik 210 Peneroka FELDA 23 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menegaskan komitmennya dalam membela nasib dan kebajikan warga FELDA apabila meneruskan Majlis Penyerahan Hak Milik Peneroka FELDA melibatkan 210 penerima walaupun Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 sebelum ini diarahkan dibatalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, beliau memahami kekecewaan dan kesedihan yang dirasai ribuan warga FELDA di seluruh negeri susulan pembatalan sambutan berkenaan.

Menurutnya, perkara yang paling menyentuh perasaan apabila arahan pembatalan tersebut turut menjejaskan harapan 210 keluarga peneroka yang sepatutnya diraikan dalam majlis penyerahan hak milik yang telah dirancang secara besar-besaran.

Katanya, para peneroka telah membuat pelbagai persiapan dan menantikan detik bersejarah itu kerana penyerahan hak milik berkenaan merupakan kemuncak kepada usaha kerajaan Johor menyelesaikan isu hak milik melibatkan 27,642 peneroka dengan kadar penyelesaian kini hampir mencapai 100 peratus.

“Bagi masyarakat FELDA, penyerahan hak milik bukan sekadar menerima sekeping dokumen, tetapi merupakan pengiktirafan terhadap pengorbanan dan perjuangan mereka selama berpuluh-puluh tahun membuka tanah rancangan serta menyumbang kepada pembangunan Johor dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, meskipun berdepan pelbagai cabaran sehingga sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor dibatalkan pada saat akhir, kerajaan negeri tidak pernah berputus asa untuk memastikan hak dan kepentingan peneroka terus terbela.

Sehubungan itu, Zahari mengumumkan Majlis Penyerahan Hak Milik Peneroka FELDA akan tetap diteruskan pada 23 Jun 2026 (Selasa), pukul 2.30 petang di Dewan Dato’ Onn, Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, Taman Sri Lambak, Kluang.

Menurutnya, walaupun majlis itu diadakan dalam skala yang lebih sederhana berbanding perancangan asal, perkara paling penting ialah impian dan penantian 210 keluarga peneroka akhirnya menjadi kenyataan.

Beliau berkata, majlis berkenaan dijangka disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menghargai jasa serta pengorbanan warga FELDA.

Zahari turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan usaha tersebut dan menegaskan kerajaan Johor akan terus berusaha mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat, khususnya komuniti FELDA.

Beliau berharap majlis itu menjadi detik bersejarah yang membawa kegembiraan kepada keluarga peneroka serta membuktikan kerajaan negeri sentiasa berdiri teguh bersama warga FELDA. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zahari Sarip

Tags: 210 penerima23 Jun 2026Datuk Zahari SaripIndustri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri JohorKluangMajlis Penyerahan Hak Milik Peneroka FELDAPengerusi Jawatankuasa PertanianTaman Sri Lambak
Share210Tweet132SendShare

Related Posts

Lebih 1,000 Pemimpin Masyarakat Cina Hadir Majlis BN Di Kluang – Ka Siong

Lebih 1,000 Pemimpin Masyarakat Cina Hadir Majlis BN Di Kluang – Ka Siong

09/07/2026
0

KLUANG – Kehadiran lebih 1,000 pemimpin masyarakat Cina pada satu majlis makan malam di Kluang disifatkan sebagai isyarat sokongan yang...

Kerajaan Johor Berjaya Selesaikan 99.99 Peratus Permohonan Hak Milik Peneroka FELDA

Kerajaan Johor Berjaya Selesaikan 99.99 Peratus Permohonan Hak Milik Peneroka FELDA

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Exco kerajaan negeri, Datuk Zahari Sarip memaklumkan hanya tiga permohonan hak milik peneroka FELDA di Johor belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd