TANGKAK – Satu hantaran ringkas tetapi penuh makna oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian pada Sabtu, beliau memuat naik mesej “Kepada Allah Kita Berserah” disertai doa agar segala urusan dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT.
Hantaran itu menerima reaksi positif orang ramai yang memuji pendekatan mengutamakan doa, tawakal dan pergantungan kepada Allah SWT dalam menghadapi cabaran serta amanah.
Seorang pengguna media sosial, Hamidah Sakirin, mendoakan agar segala urusan Menteri Besar Johor itu dipermudahkan.
“Allahumma aamiin Ya Mujib. Semoga Allah permudahkan segala urusan YAB. Sentiasa dipayungi rahmat juga kasih sayang Allah,” katanya.
Sementara itu, Nasaruddin Ahmad turut menzahirkan doa dan harapan yang sama.
“Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua oleh Allah Taala. Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, Hudrus Haron menyifatkan sikap takwa dan tawakal sebagai asas penting dalam kehidupan.
“Alhamdulillah, takwa dan tawakal asas kehidupan,” katanya.
Musalmah Mohd Nor pula mendoakan agar Onn Hafiz terus diberikan kesihatan yang baik serta keberkatan dalam usaha membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat Johor.
Pada masa sama, Onn Hafiz memaklumkan beliau hari ini menunaikan solat Subuh bersama penduduk setempat di Tangkak menerusi program Semarak Subuh Johor.
Kehadirannya di masjid berkenaan turut disertai ramai jemaah sekali gus memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi


