• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

oleh Mynewshub
06/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Barisan Nasional (BN) akan
bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, senarai calon bertanding akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Calon merangkumi gabungan muka baharu dan berpengalaman, termasuk golongan muda serta wanita daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

“Pengagihan kerusi BN turut melibatkan parti komponen MCA dan MIC. Bagaimanapun, pengagihan muktamad akan diputuskan dalam satu mesyuarat dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis kenduri perkahwinan di Masjid Datuk Undang Luak Jelebu hari ini.

Perkembangan itu hadir selepas Ahmad Zahid semalam dilaporkan berkata, BN masih membuka ruang rundingan bersama Pakatan Harapan (PH) berhubung agihan kerusi.

Jalaluddin berkata, semua perkara berkaitan PRN akan dimuktamadkan dalam mesyuarat akan datang termasuk kerusi yang akan ditandingi UMNO seperti Jeram Padang.

Pada pilihan raya lalu PH memenangi 17 kerusi DUN diikuti BN memperoleh 14 kerusi manakala Perikatan Nasional memperoleh lima kerusi. – MYNEWSHUB

 

Tags: Barisan NasionalbertandingBNDatuk Seri Jalaluddin AliasDUNMCAMICPengerusi UMNO Negeri SembilanPRN Negeri SembilanSemua Kerusi
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Harga Diri Rakyat Negeri Sembilan Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

Harga Diri Rakyat Negeri Sembilan Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit

28/07/2026
0

JELEBU - Rakyat Negeri Sembilan diseru memberi mesej yang jelas pada 1 Ogos ini bahawa harga diri dan undi mereka...

PMX Anwar Ke Negeri Sembilan Sekali Lagi Esok

PMX Anwar Ke Negeri Sembilan Sekali Lagi Esok

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan ke Negeri Sembilan sekali lagi esok. Menurut Anwar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd