• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Johor Jadi Rebutan PH PN, Bersaing Cuba Pujuk Jalin Bekerjasama?

,

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
BN Johor Jadi Rebutan PH PN, Bersaing Cuba Pujuk Jalin Bekerjasama?
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keputusan UMNO-Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menyaksikan perkembangan yang jarang berlaku.

Ini apabila UMNO-BN Johor kini menjadi rebutan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), dengan masing-masing cuba meyakinkan UMNO-BN Johor supaya bekerjasama dengan mereka.

Pemimpin PH yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari berkata, era dominasi sesebuah parti politik sudah berakhir dan semua pihak perlu membiasakan diri dengan budaya kerjasama politik.

“Era parti dominan telah berakhir, belajar berkawan dan hidup bertoleransi. Ini rumah kita,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong hari ini turut mengingatkan UMNO-BN Johor mengenai kerjasama dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Dr. Tengku Fakhruddin Tengku Md. Fauzi menggesa UMNO kembali mengadakan rundingan politik dengan Pas menerusi platform Muafakat Nasional.

Menurut beliau, jika dua parti Melayu-Islam terbesar itu menjalinkan permuafakatan politik, sebanyak 11 kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor berpotensi dimenangi.

“Apalah kiranya jika BN mempertimbangkan semula keputusan bertanding solo dan berunding dengan Pas, parti yang berkongsi ideologi yang sama,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, secara terbuka menyeru pembentukan gagasan politik Muafakat Nasional 2.0 melibatkan Pas dan UMNO.

Pada 25 Mei lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan UMNO-BN Johor akan bertanding secara solo di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang. – MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalBNJadi RebutanJohorKerjasama PRNPHPNUMNO
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd