• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

oleh Mynewshub
29/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri ini bersama PH adalah dilarang disisi agama Islam.

Pemimpin PH daripada Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Ismail Salleh mendakwa konon tindakan kerajaan BN Johor pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi menolak perpaduan menyebabkan Bangsa Johor menolak BN dan UMNO.

Beliau ketika membuat dakwaan itu turut membandingkan Kerajaan Perpaduan dengan kerajaan Madinah yang ditubuhkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

“Johor tidak membina Kerajaan Perpaduan dengan perkataan lain Johor adalah anti kepada perpaduan. Apatah lagi apabila Onn Hafiz menyebut khusus bahawa mereka tidak sekali-kali akan duduk semeja dengan DAP.

“Jadi keseluruhannya ini menceritakan rupanya UMNO-BN ini tidak boleh duduk dengan orang, tidak boleh berpakat dengan orang, tidak boleh bersembang dengan orang.

“Dia bukan sahaja tidak diterima oleh masyarakat awam, masyarakat umum, dunia, tetapi juga Islam melarang daripada kita berbuat demikian sebab Nabi sendiri apabila membina kerajaan di Madinah, Nabi membina kerajaan bersama bukan sahaja daripada umat Islam, tetapi juga daripada golongan kaum Yahudi dan juga golongan musyrikin Arab.

“Jadi dengan musyrikin, dengan Yahudi pun Nabi membina kerajaan pada masa itu, apatah lagi dalam konteks negara kita menolak mana-mana satu parti yang di belakangnya diasosiasikan dengan perkauman, maka itu adalah natijah perkauman,” dakwanya menerusi satu rakaman video di muat naik di akaun media sosial beliau hari ini.

Untuk rekod, kerajaan BN Johor bukan sahaja terdiri dalam kalangan pemimpin UMNO beragama Islam, tetapi dibarisi parti komponen BN lain iaitu MCA dan MIC yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Onn Hafiz sebelum ini menjelaskan BN Johor menolak kerjasama dengan PH kerana menghormati kehendak akar umbi yang tidak mahu ada kerjasama dengan PH khususnya DAP – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato Dr Ismail Salleh

Tags: Barisan NasionalBNDAPDatuk Dr Ismail SallehDilarang IslamKaumkerajaan JohorKerajaan Madinahkerajaan perpaduanmedia sosialMusyrikinNabi Muhammad SAWpakatan harapanPHPilihan Raya NeferiPRN JohorTolak kerjasamavideoYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Mahu Hasil, Bukan Politik Bising’ – Mohd Fared

‘Rakyat Johor Mahu Hasil, Bukan Politik Bising’ – Mohd Fared

29/06/2026
0

BATU PAHAT - Barisan Nasional (BN) berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan rekod pentadbiran yang boleh dinilai serta...

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd