• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ANALISIS PRN: Pecah Undi Untungkan PH-DAP Di Johor

oleh Mynewshub
08/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
ANALISIS PRN: Pecah Undi Untungkan PH-DAP Di Johor
Share on FacebookShare on Twitter

PENGUNDI Johor tidak mempunyai pilihan selain terus bersatu hati mengekalkan dominasi Barisan Nasional (BN)

Itupun sekiranya dalam hati mereka mahu PH- DAP kekal tidak berada dalam kerajaan Johor seperti sekarang.

Berlaku pecah undi besar-besaran dalam PRN Johor bermakna membuka ruang PH-DAP menyelinap masuk pentadbiran negeri.

BN Johor gagal memperoleh kerusi majoriti, mahu tidak mahu kerajaan campuran perlu dibentuk untuk meneruskan pentadbiran negeri.

Seperti mana beberapa negeri lain yang menyaksikan kerajaan campuran akibat tiada parti politik yang menguasai.

Justeru untuk mengelak episod berulang dan memastikan kerajaan mutlak di Johor, Bangsa Johor perlu solid untuk BN.

Abaikan propaganda oleh propagandis yang berusaha memecahbelahkan undi Bangsa Johor khususnya undi Melayu.

Realitinnya PH-DAP sentiasa “kacap terlabik di Tabu Hapat tukuk bais BN Johor, tapi ladam masa sama mahu jerkasama”

Mereka tahu dengan perpecahan pengundi khususnya pengundi Melayu memberi peluang untuk menyertai tampuk kuasa.

Fakta sejarah Kerajaan BN Johor tidak pernah dianggotai oleh PH-DAP, tapi sekiranya undi berpecah maka sejarah mungkin berubah.

Lagipun Onn Hafiz terbukti mengamalkan dasar pentadbiran yang harmoni di Johor tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik.

Buat apa mahu ubah benda dah elok…

PENYOKONG PAS Johor wajar mengenepikan sementara sentimen politik jika tidak mahu PH-DAP berada dalam pentadbiran negeri.

Jika benar PAS mahukan penyatuan politik Melayu, elok jua PAS memulakannya terlebih dahulu dalam PRN Johor.

Mungkin masih belum dalam bentuk gagasan, tetapi memilih memberi sokongan kepada BN untuk mengelakkan undi Melayu terpecah.

Lagipun, ia juga boleh dianggap sebagai satu penghormatan daripada PAS kepada BN yang sedang mentadbir Johor dengan cemerlang.

Buat apa PAS mahu menjadi sebahagian daripada rencam politik yang boleh mengganggu kestabilan negeri Johor?

Kerajaan BN Johor bukanlah sebuah kerajaan yang sedang berdepan krisis kepercayaan rakyat.

Dengan demikian PAS juga akan dilihat menghormati keharmonian dan perpaduan yang sekian lama dipupuk Bangsa Johor.

Jika benar matlamat utama penyatuan ummah dan kekuatan politik Melayu, maka keutamaan sepatutnya diberikan kepada titik persamaan.

Bukannya persaingan yang akhirnya merugikan. Ketua Pemuda UMNO juga sudah menghulurkan tangan penyatuan – MYNEWSHUB

Tags: AnalisisBangsa JohorBarisan NasionalKacap TerlabikKerajaan BNMelayumenteri besarOnn Hafizpakatan harapanPecah UndiPHpilihan raya negeriPRN Johor
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

Pelancaran Manifesto BN: ‘Skim Salam Sejahtera’ Paling Dapat Perhatian

Pelancaran Manifesto BN: ‘Skim Salam Sejahtera’ Paling Dapat Perhatian

25/07/2026
0

SEREMBAN – 'Skim Salam Sejahtera' yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd