Oleh Mynewshub
PAGI ini, muncul satu berita membosankan yakini bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan untuk keluar UMNO.
Antara alasan yang diberikan ialah kononnya politik Johor tidak bebas dan dikawal pihak istana.
Ia berkaitan dengan pembubaran DUN Johor yang Puad dakwa atas arahan Istana.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan pantas menjelaskan pembubaran dilakukan bukan atas arahan, tetapi setelah memperoleh titah perkenan DYAM Tunku Mahkota Ismail selaku Pemangku Sultan Johor, sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal 23, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 189.
Maksudnya, apa yang dilakukan ialah mendapatkan perkenan pembubaran seperti yang dituntut undang-undang.
Tiada apa yang luar biasa di situ.
Baiklah….itu alasan auta Puad untuk tatapan masyarakat.
Cerita kedai kopi yang sudah beberapa hari kedengaran, Puad hendak anaknya menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Tangkap layar perbualan Puad dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu dirinya mahu berundur dari kerusi DUN Rengit dan melatih anaknya sebagai pengganti telah tersebar.


Dalam layar itu jelas ada nada ugutan yakni kalau cadangan anaknya dipilih bertanding tidak dipenuhi, Puad akan keluar parti dan umum melalui media sosial.
Kemudian akan mengkritik kepincangan UMNO.
Apa yang kita lihat pagi ini, memang sebijik dengan apa yang tersebar itu.
So…itu aje…
Takda kene-mengena dengan Istana campur tangan ke apa….
Mungkin Puad perlu tampil menjelaskan atau menafikan bahawa tindakannya bukan dipengaruhi emosi…bukan sebab anak sendiri tidak dipilih….
Bukan meroyan sebab anak tidak dipilih…
Sebab…secara umum…itu yang sedang hangat diperkatakan dalam group-group wasap sekarang…
Semua tahu…sebut istana tu alasan aje….
Masa tewas PRU-13….dan timbul kisah tidak akan dicalonkan masa PRU-14 pun…Puad merajuk semacam.
Tewas pun…tetap dilantik Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) – sebuah agensi komunikasi strategik kerajaan pada waktu itu.
Punya nak jaga hati Puad…macam la dia ni penting sangat…
Tidak siapa menafikan jasa beliau dalam UMNO.
Tetapi…tindak tanduk seperti hari ini..di kala UMNO dan BN sedang bergerak menuju PRN….umum dan dakwa benda yang menjejaskan parti…mungkin segala jasa selama ini sudah tergadai dan hilang.
Dalam persiapan menghadapi musuh politik yang kuat…datang pulak dakwaan dari dalam parti yang tidak membantu.
Andai benar anak tidak terpilih…terima la dengan hati yang tenang.
UMNO tidak wujud untuk membahagiakan Puad Zarkashi…
Cipta la kebahagiaan sendiri dengan cara yang lain….jangan jejaskan imej parti.
UMNO wujud untuk menjaga kepentingan politik orang Melayu yang semakin terhakis semenjak dua ini…
Bukan untuk menjaga kepentingan politik Puad…
Kalau sayang parti seperti didakwa…keluar selepas PRN kalau tak puas hati sangat…
Bukan meroyan dalam tempoh suhu politik sedang panas…
Rasanya…sudah tiba masanya UMNO menutup buku dengan Puad….dan Puad menutup buku dengan UMNO…
Masing-masing bawak agenda dan haluan masing-masing….-MYNEWSHUB


