• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

oleh Mynewshub
18/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor  RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid melahirkan rasa syukur kutipan zakat negeri Johor bagi tahun 2025 meningkat kepada RM449 juta.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah berkata, jumlah kutipan zakat itu meningkat berbanding tahun sebelum iaitu RM412 Juta pada tahun 2024 dan RM 388 Juta pada tahun 2023.

“Ini membuktikan bahawa apabila kita berani berhijrah daripada cara lama kepada pendekatan yang lebih tersusun, proaktif dan relevan tanpa mengabaikan prinsip syariat, manfaatnya akan dapat dirasai seluruh rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Mohd Fared seterusnya memaklumkan, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengambil langkah proaktif dengan melantik seramai 435 orang ketua kampung sebagai amil agihan.

Menurut beliau, pelantikan itu menjadikan jumlah keseluruhan amil agihan di Johor meningkat kepada 547 orang berbanding hanya 112 sebelum ini yang terdiri daripada orang awam serta penggerak masjid dan surau.

“Inisiatif ini diyakini dapat memperkukuh penyampaian bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan secara lebih menyeluruh, cepat dan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semangat Maal Hijrah sedang diterjemahkan dalam pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Ia termasuk memperkukuh ekosistem halal melalui Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 bagi mempercepatkan proses pensijilan halal menerusi Johor Halal Green Lane.

“Proses permohonan sijil halal yang dahulunya mengambil masa 30 hari kini disingkatkan kepada 15 hari sekiranya dokumentasi lengkap.

“Semoga tahun baharu hijrah ini menjadi titik tolak untuk kita terus memperbaiki diri, memperkukuh perpaduan, meningkatkan mutu perkhidmatan dan bersama-sama menjayakan aspirasi Maju Johor.

“Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah hijrah kita menuju negeri yang lebih maju, sejahtera dan dirahmati,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Fared Mohd Khalid

Tags: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) SemerahAmilketua kampungKutipan ZakatMaal HijrahmeningkatMohd Fared Mohd KhalidNegeri JohorpelantikanPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri JohorRM449 juta
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Syor RCI Jangan Lantik Ahli Politik ‘Dibakulsampahkan’ Madani – Fadhli Shaari

Syor RCI Jangan Lantik Ahli Politik ‘Dibakulsampahkan’ Madani – Fadhli Shaari

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sendiri 'membakulsampahkan' salah satu syor agar diwujudkan peruntukan untuk melarang pelantikan ahli-ahli politik yang aktif sebagai...

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

29/07/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan sistem logistik halal sebagai langkah memperkukuh integriti rantaian bekalan produk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd