• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun Fake, Penyebar Fitnah Sekarang Takut Dengan J-KOM – Ketua Pengarah

oleh Mynewshub
13/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akaun Fake, Penyebar Fitnah Sekarang Takut Dengan J-KOM – Ketua Pengarah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berpandangan kewujudan agensi itu kini semakin dirasai sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pihak yang didakwanya sering menyebarkan propaganda, fitnah dan hasutan di media sosial.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz mendakwa, serangan yang diterimanya daripada pelbagai pihak kebelakangan ini menunjukkan terdapat pihak yang mula berasa terancam dengan peranan dimainkan oleh J-KOM.

“Akaun Fake, kaki sebar propaganda fitnah dan menghasut betul betul takut dengan J-KOM sekarang ini? Boleh tengok ketara benar kecut, 1 Malaysia attack saya.

“Nampaknya kewujudan J-KOM kini dirasai. Nyawa di hujung tanduk, tunggu,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Beliau turut mendakwa beberapa pempengaruh media sosial yang sebelum ini sering mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini lebih banyak menumpukan serangan terhadap dirinya.

Mohd Hisyamuddin berkata, keadaan itu membolehkannya membantu Perdana Menteri dengan lebih berkesan supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha membangunkan negara.

Dalam masa sama, beliau menegaskan tidak gentar dengan kritikan atau serangan yang diterima dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah J-KOM.

“Balaci pembangkang Eric Lim Sian See dan Albert Tei sebelum ini 24 jam serang PMX Anwar Ibrahim, kini hadap saya seorang saja.

“Ok lah, tugas saya bantu PMX supaya fokus bangunkan negara berjaya. Dua org sesat itu bagi kami uruskan! Jalan terus!,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syam Ghaz

Tags: Face AkaunfitnahKecutKetua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)Mohd Hisyamuddin GhazaliPenyebarpropagandatakut
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

J-KOM Saf Hadapan Pertahan PMX, Kerajaan Madani – Syam Ghaz

J-KOM Saf Hadapan Pertahan PMX, Kerajaan Madani – Syam Ghaz

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) perlu menjadi barisan hadapan mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan...

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini. Ia termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd