• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

oleh Mynewshub
21/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor.

Menurutnya, beliau dalam ceramah PH di Johor malam tadi hanya bercakap tentang keperluan pembangunan di Johor Utara.

“Malam semalam saya bercakap di Segamat tentang keperluan pembangunan di Johor Utara termasuk keperluan perumahan.

“Tak timbul soal orang Melaka tidak suka orang Johor,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas beliau kerana mendakwa rakyat Melaka kurang suka dengan limpahan rakyat Johor Utara.

Menurut Akmal, tiada rakyat Melaka yang tidak suka dengan kehadiran rakyat Johor kerana rakyat Melaka juga selalu ke Johor, malah ada yang bekerja di daerah Muar, Johor.

Ia ekoran ucapan Adly dalam Ceramah Perdana PH di Segamat konon Melaka kini ‘dilimpahi’ oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan yang berlaku di Sungai Rambai.

Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa, banyak pembangunan di Sungai Rambai dilaksanakan semasa beliau menjadi Ketua Menteri Melaka.

Justeru, katanya, PH sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu memberi perhatian terhadap pembangunan ekonomi di Johor Utara.

“Kalau menang di Johor ini, tengok-tengoklah Johor Utara. Jangan tumpu saja pada Johor Selatan kerana sebahagian rakyat di Johor Utara sudah melimpah sehingga ke Melaka di Sungai Rambai kerana pembangunan di Melaka.

“Saya ingat dulu saya jadi Ketua Menteri memang banyak projek pembangunan perumahan di Sungai Rambai sebab pembelinya banyak orang Muar. Jadi kena tengok juga pembangunan di situ kerana kesannya orang Melaka pun tak berapa suka.

“Memanglah suka, boleh jual rumah, boleh buat projek perumahan, tapi Melaka itu tak besar. Kalau orang Muar lama-lama duduk di Melaka itu terjajahlah Melaka itu,” kata Adly.- MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Adly ZaharI

Tags: Adly ZahariCeramah Perdananafipakatan harapanPengerusi Pakatan Harapan (PH) MelakaPHrakyat johorRakyat MelakaSegamattidak suka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd