• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
24/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat ‘tangan ghaib’ menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor daripada diadakan di negeri ini pada 21 Jun lalu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berkata, halangan tersebut namun bukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

“Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi FELDA atas segala kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program Penyerahan Hak Milik Tanah Peneroka FELDA semalam.

“Seperti yang difitnah oleh pelbagai pihak, saya tidak dapat mengadakan program pada 21 Jun bukan sebab mereka. Ada ‘tangan ghaib’ yang menghalang,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Onn Hafiz berkata, walaupun sambutan Hari Peneroka FELDA yang dirancang pada 21 Jun tidak dapat diteruskan berikutan keputusan di peringkat tertinggi, ia tidak melunturkan semangat kerajaan negeri untuk terus mengadakan program Penyerahan Hak Milik Tanah Peneroka FELDA semalam.

Beliau memaklumkan, pada program itu seramai 210 peneroka FELDA di Johor menerima hak milik masing-masing walaupun ia terpaksa diadakan di luar kawasan FELDA.

Kata beliau, penyerahan itu turut melengkapkan penyelesaian 27,639 hak milik peneroka FELDA di seluruh negeri atau 99.99 peratus daripada keseluruhan peneroka FELDA di Johor, sekali gus memastikan lebih ramai warga FELDA mendapat hak yang sewajarnya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada agenda Generasi Kedua FELDA.

“Sehingga kini sebanyak 10,663 permohonan lot Generasi Kedua FELDA atau 86 peratus daripada keseluruhan permohonan telah diluluskan termasuk 3,178 permohonan yang berjaya diselesaikan sepanjang tempoh pentadbiran ini,” katanya.

Tambah beliau, komitmen kerajaan Johor terhadap warga FELDA tidak terhenti setakat penyelesaian hak milik, sebaliknya RM36.19 juta diperuntukkan bagi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada peneroka, generasi FELDA, belia, wanita serta komuniti FELDA di seluruh Johor bagi tempoh 2022 hingga 2026.

“Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini akan terus memperkukuh kebajikan warga FELDA, menjaga kepentingan generasi penerus serta memastikan legasi perjuangan para peneroka dapat diwarisi dan dihargai. Insya-Allah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziFeldakeputusanmenghalangmenteri besarperingkat tertinggiSambutan Hari Peneroka FELDA Negeri JohorTangan ghaib
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan Berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh – Menteri Besar

Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan Berasaskan Adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh – Menteri Besar

24/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan dakwaan bahawa kerajaan negeri telah ‘menurunkan’ Yang di-Pertuan Besar adalah...

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd