• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan, kebencian dan kezaliman.

Demikian pesanan yang dikongsikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, menerusi hantaran Facebook selepas menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Kariah Beting, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.

Menurutnya, khutbah Jumaat bertajuk “Membenteng Jiwa dengan Solat” mengingatkan jemaah bahawa ibadah itu bukan sekadar kewajipan, malah menjadi asas membentuk kekuatan jiwa, memelihara keimanan dan membina akhlak mulia.

“Khatib berpesan, orang yang benar-benar menghayati makna sujud akan berusaha menjauhi sifat sombong, kebencian dan kezaliman.

“Dia menyedari bahawa setiap manusia ialah hamba Allah SWT yang wajib dihormati haknya dan diperlakukan dengan adil,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Ismail turut berkongsi pesanan bahawa sujud melatih manusia mengawal nafsu yang sentiasa menginginkan pujian, penghormatan dan keutamaan.

Dalam pada itu, beliau menghargai peranan masjid sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah yang turut mengeratkan silaturahim serta menyuburkan semangat kebersamaan masyarakat setempat.

Katanya, kehadiran beliau menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di masjid berkenaan adalah sebagaimana yang direncanakan menerusi jadual mingguannya.

“Semoga Allah SWT membimbing kita untuk terus istiqamah dalam ibadah, memelihara akhlak dan menjadi insan yang membawa kebaikan kepada masyarakat,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: HayatiIsmail LasimJauhiKezalimanMakna Sujudmenteri besarNegeri Sembilansolat Jumaatsombong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

‘Aku Dah Kata Undi BN Najib Akan keluar, Rakyat Johor, Negeri Sembilan Sudah Kena Tipu’ – Pemimpin PKR

‘Aku Dah Kata Undi BN Najib Akan keluar, Rakyat Johor, Negeri Sembilan Sudah Kena Tipu’ – Pemimpin PKR

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhamad Taufiq Iskandar mendakwa rakyat Johor dan Negeri Sembilan sudah tertipu, sambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd