• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

oleh Mynewshub
28/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor bakal berdepan tindakan disingkirkan sekiranya didapati bersalah.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau amat berdukacita, kesal dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu yang hanya diketahui selepas ibu bapa mangsa membuat hantaran di media sosial selepas anak mereka memohon untuk keluar daripada MRSM kerana tidak lagi mampu menanggung penderitaan akibat dibuli.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, perbuatan ini disyaki melibatkan enam orang pelajar Tingkatan 5. Ibu bapa mangsa juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa, khususnya PDRM dan saya dimaklumkan keenam-enam pelajar terbabit telah ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Asyraf, sejurus menerima laporan itu, beliau telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) dan pihak pentadbiran MRSM supaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pelajar yang didapati terlibat.

“Jika terbukti bersalah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM. Walau apa juga alasan yang diberikan, perbuatan membuli atau mengambil tindakan sendiri atas alasan mahu ‘mendisiplinkan’ pelajar junior adalah sama sekali tidak boleh diterima dan tidak akan dikompromikan,” tegasnya.

Beliau turut mengulangi pendirian MARA bahawa sesiapa yang terbukti melakukan perbuatan buli tidak lagi mempunyai tempat di MRSM, selain menggesa semua pelajar supaya tidak takut melaporkan sebarang kejadian buli kepada guru, warden atau pihak pentadbiran.

Pada masa sama, beliau memberi amaran bahawa MARA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan atau melindungi perbuatan buli, sambil menegaskan tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli di MRSM. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

 

Tags: buliDatuk Dr Asyraf Wajdi DusukiDisingkirkanJohorMRSMpelajarPengerusi Maratindakantingkatan 5
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

PRN Johor: Asyraf Wajdi Mohon Masyarakat DUN Semerah Kekalkan Mohd Fared

PRN Johor: Asyraf Wajdi Mohon Masyarakat DUN Semerah Kekalkan Mohd Fared

27/06/2026
0

BATU PAHAT - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd