• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

oleh Mynewshub
20/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan sekitar Bercham di sini pada petang Jumaat, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Najib Hamzah berkata, pihak polis telah menerima sebanyak 99 laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.

Menurut beliau, antara kawasan yang terjejas termasuk Bercham Idaman, Anjung Bercham Utara, Kampung Bercham, Taman Pusat Bercham serta Kampung Tersusun Tasek.

“Kawasan yang terlibat dianggarkan meliputi lebih 1.3 kilometer persegi dan setakat ini tiada laporan kehilangan nyawa diterima,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kejadian ribut tersebut turut menyebabkan banyak pokok dan tiang elektrik tumbang di beberapa kawasan perumahan serta jalan raya sehingga menjejaskan pergerakan penduduk dan bekalan elektrik.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/06/anthraxxxx_20260620__2068187776651317600_1_20681877405467688960.mp4

Pelbagai agensi telah digerakkan bagi operasi pembersihan dan pemulihan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta pihak penghulu tempatan.

Difahamkan, TNB turut mengambil langkah memutuskan sementara bekalan elektrik di lokasi tertentu bagi memastikan keselamatan penduduk ketika kerja pemulihan dijalankan.

Pihak berkuasa turut menasihatkan pemilik rumah yang terjejas supaya membuat laporan polis dan menghubungi agensi berkaitan bagi urusan bantuan serta penilaian kerosakan.— Mynewshub

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/06/1781931232063.mp4
Tags: 248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di BerchamBerchamGegaran Di IpohIpohributRibut di Ipoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd