• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

oleh Mohd Arshad
01/09/2025
dalam Jenayah
0
Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di sini awal pagi semalam.

Letupan itu menyebabkan dua premis kedai rosak, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian jam 4.58 pagi semalam itu diterima daripada seorang wanita berusia 43 tahun.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis menunjukkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal meletakkan satu objek dipercayai bahan letupan di hadapan premis itu sebelum beredar.

Katanya, pemeriksaan awal oleh Unit Post Blast Investigation (PBI) dan Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengesahkan bahawa kejadian berpunca daripada penggunaan bahan letupan jenis letupan tahap rendah.

“Letupan itu menyebabkan kerosakan pada pintu dan lantai hadapan premis berkenaan, manakala sebuah kedai bersebelahan turut mengalami kerosakan kecil pada papan tanda dan dinding.

“Bahan letupan yang digunakan adalah jenis bom tangan pegun (pyrotechnic flash bang grenade stun) di mana bahan letupan ini bukan bertujuan mencederakan atau membunuh, namun digunakan untuk menakut-nakutkan serta menyebabkan kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan serta Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis menegaskan bahawa sebarang bentuk jenayah membabitkan bahan letupan adalah serius dan akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, video rakaman CCTV memaparkan insiden letupan itu ditularkan di media sosial Facebook.

-Harian Metro

Tags: IpohpolisSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd