• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

oleh Mohd Arshad
27/08/2025
dalam Jenayah
0
Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan Horley dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya telah mengenal pasti pemilik dan pemandu sebuah lori bonded atau tertutup yang terbabit dengan kes itu.

“Kejadian disedari kira-kira 6 pagi tadi apabila seorang pekerja hotel memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan seorang lelaki yang lengkap berpakaian terbaring di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang badan, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan pada rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dikejar sebuah lori bonded berwarna putih sebelum berlaku pergelutan dengan suspek pada 4.24 pagi.

Abang Zainal Abidin berkata, mangsa kemudiannya jatuh di hadapan kenderaan itu sebelum digilis dan ditinggalkan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan dada akibat perlanggaran jalan raya.

Menurut Abang Zainal Abidin, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mahani Mohammed di talian 019-261 8221 atau hadir ke balai polis berdekatan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Ipohkes bunuhpolisSuspek
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd