• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WWF-Malaysia Sokong Kebimbangan Rakyat Isu Tiga Gajah di Zoo Jepun

oleh Mynewshub
01/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
WWF-Malaysia Sokong Kebimbangan Rakyat Isu Tiga Gajah di Zoo Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menyatakan solidariti terhadap keprihatinan rakyat Malaysia berhubung nasib tiga gajah negara, Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Jepun.

Menurut kenyataan organisasi itu, reaksi masyarakat terhadap isu berkenaan mencerminkan kesedaran tinggi rakyat terhadap kebajikan hidupan liar, sekali gus menegaskan bahawa kebimbangan tersebut adalah wajar dan tidak boleh dipandang ringan.

WWF-Malaysia turut berkongsi pendirian sama bahawa gajah merupakan haiwan yang mempunyai sifat sensitif dan sosial, serta memerlukan penjagaan yang teliti.

Justeru, sebarang isu yang menimbulkan persoalan mengenai kesejahteraan haiwan berkenaan perlu ditangani secara berhati-hati berlandaskan sains, empati dan komitmen terhadap kebajikan haiwan.

Dalam masa sama, WWF-Malaysia mengalu-alukan kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang sedang mempertimbangkan pilihan terbaik termasuk kemungkinan membawa pulang ketiga-tiga gajah tersebut ke Malaysia.

Menurutnya, sebarang keputusan perlu mengambil kira aspek kesihatan haiwan, kebajikan jangka panjang serta kerjasama antarabangsa, selain disokong oleh penilaian pakar dan penelitian menyeluruh.

WWF-Malaysia turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam pengurusan gajah dalam kurungan atau keputusan berkaitan institusi zoologi.

Sebaliknya, fokus utama organisasi itu adalah terhadap pemuliharaan gajah liar yang kini berdepan pelbagai ancaman serius.

Di Malaysia, populasi gajah liar berdepan tekanan akibat kehilangan habitat, pemecahan kawasan hutan, pemburuan haram serta konflik yang semakin meningkat antara manusia dan haiwan tersebut.

Walaupun tidak terlibat secara langsung, WWF-Malaysia memaklumkan pihaknya sedang berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memahami situasi semasa dan memastikan sebarang keputusan dibuat berdasarkan prinsip kebajikan haiwan dan pemuliharaan yang kukuh.

WWF-Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus melindungi gajah di negara ini melalui usaha memelihara habitat, mengurangkan konflik, membanteras pemburuan haram serta memastikan kelangsungan spesies itu untuk generasi akan datang. – MYNEWSHUB

Tags: AmoidaragajahkelatWWF-MalaysiaZoo Tennoji
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd