• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

oleh Mynewshub
30/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak yang memperjuangkan isu gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK), tetapi melemparkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurut beliau, Perdana Menteri sendiri agak terkejut dengan sikap tersebut sedangkan pihak terbabit meminta bantuan Anwar untuk membawa pulang gajah DAK dari Zoo Tennoji, Osaka, Jepun ke Malaysia.

“Lebih malang ada antara yang terlibat itu setiap hari memaki PM (Perdana Menteri). Jadi PM agak terkejut jugalah. Dia (Perdana Menteri) kata ini nak minta tolong dia, tapi setiap hari memaki dia.

“Tapi tak apalah kita letakkan isu DAK lebih utama, cuma kita dalam beradab, bila kita minta tolong orang kita tidak lah maki orang itu,” katanya menerusi satu hantaran video di media sosial.

Terdahulu, Maszlee berkata, beliau sebelum ini mengatur pertemuan badan bukan kerajaan (NGO) bersama Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau kemudian dihubungi pihak lain yang turut mahu menyerahkan memorandum dan kesemua memorandum itu beliau telah diserahkan kepada Perdana Menteri.

Katanya, beliau seterusnya dihujani pelbagai pertanyaan mengenai tindakan susulan kerajaan terhadap usaha membawa pulang tiga ekor gajah tersebut.

“Saya amat terkejut kerana bukan satu pihak yang bertemu dengan saya, menghubungi saya. Saya sangkakan usaha merupakan usaha bersepadu.

“Kita boleh bersatu suara dan letakkan ke tepi persoalan masing-masing. Nasihat saya kepada semua NGO, kepada semua aktivis ini duduk sekali sepakat dulu,” katanya.

Walaupun begitu, beliau berkata isu kebajikan tiga ekor gajah itu tetap diberikan keutamaan dan Perdana Menteri telah memintanya meneliti perkara berkenaan bersama kementerian berkaitan.

Menurutnya, perkara itu berada di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan beliau akan menghubungi menterinya selepas tamat cuti perayaan di Borneo bagi mendapatkan perkembangan terkini.

“Saya nakkan apa yang terkini dan cuba melihat apa yang boleh dibantu. Kepada semua aktivis, janganlah menunding sana sini. Kita satukan suara dan satukan hati kalau benar-benar mahu membawa DAK pulang,” katanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr Maszlee Malik

Tags: aktivisAmoi dan KelatDAKdaraDatuk Seri Anwar IbrahimDr Maszlee MalikgajahMaki PMNGOPengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR)Perdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

“Mencerca, Menolak Dasar Negara Hanya Dengan 40 Perkataan Di Media Sosial, Ini Bahaya” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa mewajibkan anak-anak membaca buku setiap hari bagi memupuk...

“Semua Harus Waras Dan Bijak, Kurangkan Kos Yang Mana Perlu” – PM Anwar

“Semua Harus Waras Dan Bijak, Kurangkan Kos Yang Mana Perlu” – PM Anwar

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran kerajaan harus bijak dan waras dalam mengenal pasti keutamaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd