• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang lebih terperinci berhubung pemindahan tiga ekor gajah Asia milik Zoo Taiping dan Night Safari ke Tennoji Zoo, Osaka, Jepun.

Menurut jawatankuasa itu, penelitian lanjut termasuk melibatkan dokumen perjanjian antara Zoo Taiping dan Night Safari dengan Tennoji Zoo perlu dilakukan bagi memahami obligasi kedua-dua pihak secara menyeluruh.

Selain itu, jawatankuasa berpendapat satu tinjauan fizikal ke lokasi berkenaan juga wajar dipertimbangkan bagi melihat sendiri keadaan tiga ekor gajah terbabit iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK).

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan setiap keputusan yang diambil selepas ini dibuat berdasarkan fakta yang tepat serta mampu memberikan keyakinan sepenuhnya kepada rakyat.

Terdahulu, Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat telah mengadakan satu mesyuarat di Parlimen Malaysia pada 11 Mei lalu.

Agenda utama mesyuarat berkenaan adalah mendapatkan taklimat dan penjelasan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kronologi serta isu berkaitan pemindahan tiga ekor gajah Asia tersebut ke Jepun.

Jawatankuasa berkenaan memandang serius isu itu yang kini menjadi perbincangan hangat serta menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Dalam sesi taklimat tersebut, pihak NRES dan Perhilitan turut menjelaskan mengenai kronologi pemindahan, pematuhan aspek perundangan, isu keselamatan logistik serta fasiliti yang disediakan di Tennoji Zoo, Osaka.

Selain itu, jawatankuasa juga dimaklumkan mengenai aspek kesihatan dan kebajikan DAK sepanjang proses pemindahan berkenaan.

Jawatankuasa turut mengambil maklum terhadap penerangan komprehensif yang telah diberikan oleh pihak NRES dan Perhilitan berhubung isu terbabit. – MYNEWSHUB

 

Tags: AmoiDAKdaraDewan RakyatDokumengajahJawatankuasa Pilihan Alam SekitarkelatParlimenperjanjianSains dan Perladanganzoo
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd