• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran DAP Dakwa Pelaburan Asing Johor Meningkat Disebabkan Ekonomi Singapura

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Veteran DAP Dakwa Pelaburan Asing Johor Meningkat Disebabkan Ekonomi Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa pertumbuhan pelaburan asing di Johor banyak dipengaruhi oleh perubahan struktur ekonomi Singapura.

Bekas Speaker Dewan Negeri Selangor itu mendakwa kejayaan tersebut bukan semata-mata hasil dasar atau perancangan khas yang dirangka kerajaan.

“Pertumbuhan pelaburan asing di Johor sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebahagian besarnya berlaku kerana Johor menjadi penerima manfaat secara tidak langsung daripada keadaan tertentu.

“Ia lebih berpunca daripada perubahan struktur ekonomi Singapura, bukannya hasil dasar atau perancangan khas yang digubal oleh kerajaan sendiri,” dakwanya menerusi satu hantaran dalam bahasa Cina di media sosial hari ini.

Sehubungan itu, Chang Khim berpendapat pencapaian Johor tidak perlu dibesar-besarkan atau dipuji secara berlebihan.

Johor sebelum ini mencatatkan rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negara dengan nilai RM110 bilion, sekali gus menjadikannya negeri peneraju pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) di Malaysia pada kadar 6.4 peratus.

Momentum tersebut antaranya didorong oleh kestabilan politik, pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), serta perkembangan pesat sektor pembuatan berteknologi tinggi dan pusat data.

Pencapaian itu juga dijangka mewujudkan sebanyak 24,584 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat negeri berkenaan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teng Chang Khim

Tags: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri SelangorDatuk Teng Chang KhimEkonomi SingapuraJohorpertumbuhan pelaburan asingperubahan strukturVeteran DAP
Share229Tweet143SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd