• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara – PPUSM

oleh Mynewshub
17/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Universiti Swasta Jadi Rakan Strategik Negara –  PPUSM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti swasta kini menjadi rakan strategik negara dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi, melahirkan graduan masa hadapan dan memperkukuh kedudukan akademik Malaysia di peringkat global.

Presiden Persatuan Profesor Universiti Swasta Malaysia (PPUSM), Prof Datuk Dr. Toh Kian Kok berkata, universiti swasta malah memainkan peranan penting dalam memacu agenda pendidikan tinggi Malaysia menerusi kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.

Menurut beliau, universiti swasta juga kini memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat, keusahawanan serta kerjasama erat dengan industri di negara ini.

“Mengiktiraf pencapaian akademik, menghargai penyelidikan yang memberi impak serta memperkukuh kolaborasi antara universiti, industri, kerajaan dan rakan antarabangsa selaras aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai ekonomi berasaskan pengetahuan terunggul di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kebangsaan 2026 yang diadakan dengan kerjasama strategik Emerald Publishing baru-baru ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim dan Pengarah Serantau Emerald Publishing bagi Asia Timur, Wan Yat Seng.

Acara berprestij itu menghimpunkan barisan kepimpinan universiti swasta, profesor terkemuka, ahli akademik kanan, pembuat dasar, penyelidik serta hampir 100 sarjana Malaysia yang tersenarai dalam kelompok dua peratus Saintis Terbaik Dunia.

PPUSM dan Emerald Publishing turut menyampaikan beberapa anugerah berprestij bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan pada majlis tersebut.

Antaranya penganjuran sulung Anugerah Malaysia Top Cited Researcher 2026 (Kategori Perniagaan dan Pengurusan – Universiti Swasta) yang mengiktiraf sarjana dengan impak sitasi, pengaruh penyelidikan dan keterlihatan antarabangsa yang luar biasa.

Penerima anugerah tersebut ialah Prof Ooi Keng Boon dari Universiti UCSI dan Distinguished Prof Lim Weng Marc dari Universiti Sunway. – MYNEWSHUB

Tags: Anugerah Kecemerlangan Akademik Kebangsaan 2026Emerald PublishingPersatuan Profesor Universiti Swasta MalaysiaPPUSMpresidenProf Datuk Dr. Toh Kian Kokuniversiti swasta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib – Anwar

PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib – Anwar

14/04/2026
0

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PKR bukan sebuah parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd