• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Jawab Tuduhan Muhyiddin

oleh Mynewshub
16/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pengerusi PN Ahmad Samsuri Jawab Tuduhan Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS, Parti Wawasan, Gerakan dan MIPP akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi PN, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini.

“Majlis Tertinggi PN bersetuju meluluskan rundingan pembahagian kerusi DUN Negeri Sembilan di antara parti-parti anggota PN.

“Majlis juga bersetuju membenarkan penggunaan lambang PN oleh calon-calon PN dalam PRN Negeri Sembilan seperti yang telah dipersetujui,” katanya.

Mengulas tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahmad Samsuri berkata, semua proses perbincangan dan libat urus dengan mana-mana pihak pada peringkat awal telah dijalankan dengan pengetahuan serta kebenaran beliau selaku Pengerusi PN.

Beliau berkata, perkara itu turut dimuktamadkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi PN dalam mesyuarat yang berlangsung hari ini.

Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam keputusan PAS menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Presidennnya, Muhyiddin mendakwa PAS telah melanggar Perlembagaan PN apabila mengadakan rundingan dengan BN tanpa persetujuan Majlis Tertinggi PN.

Sehubungan itu, katanya, Bersatu akan meletakkan calon-calonnya untuk bertanding dalam PRN Negeri Sembilan dan semua calon Bersatu akan menggunakan simbol Bersatu. – MYNEWSHUB

 

Tags: BERSATUDatuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri MokhtarJawabParti Pribumi Bersatu MalaysiaPengerusi PNperikatan nasionalpresidenPRN Negeri SembilanTan Sri Muhyiddin Yassintuduhan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan parti itu adalah parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd