• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

oleh Mynewshub
17/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perkongsian carta “Wall of Champions” Juara Piala AFC oleh Tunku Mahkota Ismail menarik perhatian penyokong bola sepak tempatan apabila memaparkan Johor Darul Ta’zim (JDT) satu-satunya kelab dari Malaysia pernah menjuarai kejohanan itu.

Carta yang dikeluarkan AFC itu menyenaraikan semua juara pertandingan sejak 2004 melibatkan kelab dari Syria, Kuwait, Bahrain, Iraq, Uzbekistan, Emiriah Arab Bersatu dan Australia, namun hanya logo JDT bagi edisi 2015 mewakili Malaysia dalam senarai berkenaan.

Kejayaan JDT menjuarai kejohanan Asia itu pada 2015 terus kekal sebagai pencapaian terbesar kelab bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa setakat ini.

Malah, selepas hampir sedekad, masih belum ada kelab tempatan lain yang berjaya mengulangi pencapaian tersebut.

Perkongsian itu turut dilihat sebagai simbol konsistensi Harimau Selatan di pentas Asia ketika banyak kelab tempatan lain masih bergelut mencari kestabilan dari sudut pengurusan, kewangan dan prestasi. – MYNEWSHUB

Tags: JDTJohor Darul Ta’zimjuaraPiala AFCTunku Mahkota IsmailWall Of Champions
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd