• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

oleh Mynewshub
13/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menjelaskan kenyataannya mengenai sahabat Nabi.

Tegas beliau, Pemuda UMNO akan membuat laporan polis sekiranya Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu gagal menyatakan dalil daripada al-Quran atau hadis berhubung perkara itu.

“Jangan kita jadi fitnah kepada agama. Saya desak Ahli Parlimen Pasir Puteh untuk nyatakan dalil daripada al-Quran atau hadis tentang tuduhan yang sangat berat dilemparkan kepada sahabat Nabi.

“Jika tidak, kami akan membuat laporan polis agar YB ini dikenakan tindakan yang berat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Sebelum ini, tular video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi yang mengeluarkan kenyataan mengenai kehidupan sahabat Rasulullah sebelum memeluk Islam.

Antara lain, beliau dilaporkan mendakwa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang “bapa ceti” yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman jahiliah.

Sayidina Umar pula digambarkan sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.

Kenyataan itu turut mendapat reaksi kurang senang beberapa pemimpin PAS termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya percaya Ustaz Nik Zawawi bukan sosok yang berniat mahu menghina para sahabat Rasulullah.

“Namun naratif yang cuba dinukilkan dalam ucapan beliau tentang amalan para sahabat di zaman jahiliah telah menimbulkan banyak keraguan,” katanya.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar pula menyarankan bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu bertaubat serta memperbetulkan kenyataannya.Kenyataan Muhammad Zawawi turut dibidas oleh beberapa pemimpin politik lain termasuk daripada Parti Amanah Negara (Amanah) – MYNEWSHUB

.

Tags: Ahli Parlimen PAS Pasir PutehDatuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Dr. Nik Muhammad Zawawi SallehKetua Pemuda UMNOlaporan polisSahabat Nabituduhanzaman jahiliah
Share215Tweet135SendShare

Related Posts

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga...

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

25/06/2026
0

SEGAMAT - UMNO Bahagian Segamat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkaitan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd