• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Polis Tidak Akan Baiki Prestasi Kerajaan, Saya Ada Data MyCC – ZRA

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Laporan Polis Tidak Akan Baiki Prestasi Kerajaan, Saya Ada Data MyCC – ZRA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) menegaskan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis terhadapnya berhubung isu pengurusan padi dan beras negara tidak akan memperbaiki prestasi kerajaan.

Menerusi rakaman video di media sosial, beliau namun berkata, laporan polis merupakan hak setiap individu dan tidak mempunyai sebab untuk melenting atau berasa terancam dengan tindakan berkenaan.

“Semua orang boleh membuat laporan polis kerana kaunter polis dibuka untuk tujuan membuat laporan. Tapi tak semua orang boleh menyediakan laporan yang konkrit untuk mengatakan bahawa laporan yang saya sediakan itu adalah laporan yang dianggap mengelirukan,” katanya.

ZRA menjelaskan, ulasannya mengenai industri padi dan beras bersandarkan Laporan Industri Padi dan Beras di Malaysia 2024 yang disediakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), bukannya dakwaan tanpa asas.

Menurutnya, laporan setebal 108 muka surat itu mengandungi pelbagai isu termasuk dakwaan manipulasi harga beras, penjualan benih padi melebihi harga siling serta kesannya terhadap pendapatan pesawah.

Justeru, ZRA mempersoalkan keperluan menggunakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap perbahasan yang menurutnya berasaskan data dan pemerhatian lapangan.

“Kalau kamu merasakan data kamu ada, keluarkan data kamu dan promosikan data kamu. Kamu kementerian, bajet kamu besar. Kamulah kena tanya dengan diri kamu kenapa fakta kamu tidak sampai kepada masyarakat,” katanya.

Semalam, media melaporkan Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Abbas Azmi membuat laporan polis terhadap ZRA selepas mendakwa kenyataannya mengenai pengurusan padi dan beras bercanggah dengan fakta rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Abbas turut memohon supaya polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 akta berkenaan serta peruntukan undang-undang lain yang berkaitan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial ZRA Strim

Tags: AmanahBaiki Prestasi KerajaanData MyCClaporan polisTidak AkanZRA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Pengarah AKPS Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Insiden Di KLIA

Ketua Pengarah AKPS Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Insiden Di KLIA

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis...

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd