• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titah Tunku Mahkota Ismail Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor Perlu Dijunjung – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
07/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Titah Tunku Mahkota Ismail Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor Perlu Dijunjung – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail supaya hasil cukai negeri sekurang-kurangnya 25 peratus dipulangkan kepada Johor wajar dijunjung.

Menurutnya, hasrat itu mampu direalisasikan dengan kerjasama semua pihak di peringkat Persekutuan dan negeri apatah Timbalan Menteri Kewangan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

“Saya yakin dengan adanya Timbalan Menteri Kewangan dalam DUN Johor, impian ini akan dapat dicapai,” katanya ketika ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz mendedahkan, walaupun pengumuman projek pembangunan di Johor sudah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan namun peruntukan belum diterima.

Kata beliau, kerajaan negeri bersedia menggalas tanggungjawab memastikan projek pembangunan yang diumumkan terbabit dapat disegerakan demi kepentingan rakyat.

Sebagai contoh, katanya, pengumuman mengenai projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bagi menangani kesesakan trafik selepas istem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

“Walaupun kerajaan negeri mempunyai perancangan jangka pendek bagi melancarkan aliran trafik, rakyat masih menantikan pelaksanaan ART yang diyakini mampu mengurangkan kesesakan,” katanya.

Selain itu, katanya, dua projek lain iaitu Hospital Pengajar di Kota Tinggi serta projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) yang sudah diumum tetap masih belum dilaksanakan.

Mynewshub pada 30 April lalu melaporkan, Pemangku Sultan Johor, bertitah sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan memulangkan sebahagian hasil cukai yang dijana oleh Johor, sekurang-kurangnya 25 peratus kepada negeri ini.

Bertitah sempena perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15, baginda menzahirkan bahawa pulangan semasa kepada negeri itu masih belum mencukupi untuk menampung keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat Johor.

Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz Ghazi menafikan desas-desus bahawa DUN Johor akan dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)

“DUN Johor tidak akan dibubarkan hari ini, jadi boleh relaks, Ahli Yang Berhormat saya sarankan jangan risau pasal PRN. Terus berkhidmat untuk rakyat dan Bangsa Johor.

“Soal pilihan raya kita tolak ke tepi dahulu, banyak lagi program dan juga inisiatif yang perlu kita laksanakan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: 25 peratusDatuk Onn Hafiz Ghazihasil cukai negerimenteri Besar JohorPemangku Sultan JohorTitahTunku Mahkota Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertindak Sebagai ‘Rubber Stamp’, Pastikan Kepentingan Rakyat Terpelihara

06/05/2026
0

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu bertindak sebagai “rubber stamp” atau sekadar formaliti dalam melaksanakan...

Hasil Negeri Johor Cecah RM1 Bilion, Bantuan Rakyat Diperluas – Onn Hafiz

Hasil Negeri Johor Cecah RM1 Bilion, Bantuan Rakyat Diperluas – Onn Hafiz

05/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan hasil negeri mencecah RM1 bilion setakat 30 April 2026 iaitu peningkatan sebanyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd