• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang lebih kukuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Darul Aman, Teh Swee Leong mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan DAP menyediakan peluang pekerjaan dan pelaburan yang lebih tinggi.

“Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh jelas bagaimana kestabilan, tadbir urus dan dasar ekonomi mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kedah yang aman tanpa DAP hanyalah slogan politik sempit yang cuba menakut-nakutkan rakyat. Rakyat tidak menilai berdasarkan slogan, tetapi berdasarkan hasil dan prestasi,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Swee Leong mendakwa, Kedah yang ditadbir Pas pula masih berdepan isu asas seperti peluang pekerjaan, bekalan air, projek pembangunan lewat, ekonomi tempatan perlahan dan janji belum diselesaikan.

Justeru, katanya, politik kebencian terhadap DAP tidak akan membina negeri kerana rakyat mahukan pentadbiran yang fokus kepada ekonomi, pelaburan, infrastruktur, peluang anak muda dan masa depan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teh Swee Leong

Tags: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Darul AmanEkonomiKedahMembangunpekerjaanpelaburanPentadbiran NegeriPulau PinangselangorTeh Swee Leong
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan pihak yang didakwa memainkan sentimen perkauman dan xenofobial terhadap pelarian Rohingya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd