• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

oleh Mynewshub
23/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Cukup-cukuplah. Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) diiktiraf,” kata pemilik akaun media sosial, Andrian Lim Chee En.

Menurutnya, pengiktirafan UEC bukanlah sesuatu yang dituntut majoriti masyarakat Cina kerana sebahagian besar pelajar tetap mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Beliau mendakwa hanya sekitar 1,000 hingga 2,000 pelajar daripada kira-kira 400,000 pelajar di seluruh negara mengambil UEC tanpa SPM sepanjang tempoh lima tahun lalu.

“Satu dalam 200 atau 0.005 peratus pelajar mengambil UEC tanpa SPM. Kenapa perlu dibangkitkan isu UEC sehingga mencetuskan polemik begitu besar?

“Adakah berbaloi mengakibatkan ketegangan dalam kalangan 99.995 peratus semata-mata mahu ‘beri hadiah’ kepada ibu bapa 0.005 peratus pelajar yang menduduki UEC tanpa SPM, sedangkan golongan itu sendiri tidak meminta pun,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Andrian Lim turut menjelaskan beliau tidak menyalahkan ibu bapa yang memilih laluan UEC tanpa SPM kerana mereka sedar sejak awal bahawa sijil tersebut tidak diiktiraf untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun pekerjaan sektor awam.

Katanya, dalam keadaan mengetahui implikasi itu, mereka tetap membuat keputusan menghantar anak-anak ke aliran berkenaan kerana tidak bercadang untuk memasuki IPTA atau berkhidmat dalam sektor kerajaan pada masa depan.

“So… bagi hadiah yang tidak diminta kepada 0.005 peratus versus mengakibatkan ketegangan dalam kalangan 99.995 peratus. Was it really worth it?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa terdapat satu kumpulan masyarakat Cina yang terus mendesak supaya UEC diiktiraf sepenuhnya, walaupun isu tersebut sensitif dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Menurutnya, kumpulan tersebut didakwa dianggotai sepenuhnya oleh kaum Cina dan aktif mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Cina menerusi pelbagai platform media sosial serta akhbar.

“Ada dalam kalangan mereka juga memegang jawatan dalam kerajaan negeri,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Andrian Lim Chee En

 

Tags: Andrian Lim Chee En.pengiktirafanSijil Pelajaran Malaysiasijil peperiksaan bersamaSPMTiada KeperluanUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd