• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan  Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Saya berdiri teguh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa bersama anggota tentera negara dalam apa jua keadaan”

Demikian titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung latihan dan eksesais ketenteraan oleh ATM menerusi satu kenyataan di muat naik di media sosial hari ini.

Baginda bertitah, ATM mempunyai ruang, kuasa serta kerjasama yang sewajarnya untuk melaksanakan sebarang bentuk latihan di negeri Johor.

Titah baginda, latihan sedemikian amat penting dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan serta memperhalusi kemahiran diperlukan bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Institusi diraja Johor dan kerajaan negeri Johor akan terus memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha ini.

“Segala pengorbanan, dedikasi dan khidmat yang dicurahkan oleh anggota ATM dalam mempertahankan negara hendaklah sentiasa dihormati dan dihargai.

“Anggota tentera tidak seharusnya berdepan halangan yang tidak perlu dalam melaksanakan latihan serta eksesais operasi yang amat penting demi pertahanan dan kesiapsiagaan negara,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail seterusnya bertitah, tidak sepatutnya wujud sebarang layanan berat sebelah terhadap mana-mana unit atau rejimen tertentu.

Baginda bertitah, setiap individu yang menyarung uniform berkhidmat dengan penuh kehormatan, kesetiaan dan pengorbanan serta layak menerima penghormatan dan pengiktirafan setinggi-tingginya.

Justeru, Tunku Mahkota Ismail bertitah, sokongan baginda tidak terhad kepada yang masih berkhidmat, malah meliputi anggota tentera yang telah bersara atau bakal bersara.

“Pintu Johor akan sentiasa terbuka buat mereka sebagai tanda penghargaan terhadap segala pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai kepada negara,” titah baginda lagi.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan dukacita terdapat pihak cuba mempergunakan institusi ketenteraan demi kepentingan peribadi atau sekadar untuk meraih perhatian dan populariti di media sosial.

Baginda bertitah, seseorang seharusnya memahami terlebih dahulu Perlembagaan Persekutuan termasuk perbezaan antara Negeri Bersekutu dan Negeri Tidak Bersekutu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara sedemikian,

“Kefahaman yang cetek mengenai perkhidmatan ketenteraan dan perkara berkaitan Perlembagaan hanya mencerminkan kegagalan untuk benar-benar memahami pengorbanan, disiplin, tanggungjawab dan realiti yang dihadapi oleh anggota ATM.

“Adalah juga amat malang apabila kebimbangan hanya dibangkitkan secara terpilih terhadap latihan ketenteraan, sedangkan terdapat pelbagai lagi isu penting melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat menerima perhatian dan keutamaan yang jauh lebih rendah,” titah baginda. – MYNEWSHUB

 

Tags: Angkatan Tentera MalaysiaATMBerdiri TeguhJohorKeselamatan NegaraKetenteraanlatihanPemangku Sultan JohorpentingTunku Mahkota Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meminta DAP tidak memainkan propaganda serta menakut-nakutkan pengundi bukan Islam...

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, penilaian pasca-latihan ketenteraan akan dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan serta sebarang impak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd