• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

oleh Mohd Arshad
14/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa
Share on FacebookShare on Twitter

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah.

Seolah-olah Harimau Selatan runtuh menyembah bumi walhal cuma terkandas satu kejohanan di sepanjang musim.

Paling galak mengejek pula kebanyakannya daripada penyokong yang kelibat pasukan sendiri entah ke mana.

Hakikat yang ramai susah nak telan adalah standard JDT terlalu tinggi sampai satu kegagalan kecil pun dianggap nasional.

Mungkin sebab terlalu biasa melihat JDT menang, lantas terlupa betapa mustahilnya benda itu untuk dicapai.

Realiti musim 2025/26 oleh JDT bukan sekadar bagus, tetapi mendominasi. JDT Juara Liga Super kali ke-12 berturut-turut.

Sebanyak 108 perlawanan tanpa kalah sejak 2021 pula bukan statistik biasa-biasa. Itu rekod bertaraf dunia.

Belum masuk cerita musim tanpa kalah buat kali keempat berturut-turut. Enam kali keseluruhan.

Dalam liga profesional moden, ‘success stories’ macam ini biasanya dipuji sebagai pencapaian luar biasa.

117 gol dalam satu musim memecahkan rekod liga. Itu juga bukan sekadar menang, itu membelasah seluruh pertandingan.

Kemenangan 14-1 ke atas Kelantan TRW jadi bukti betapa jauhnya jurang kualiti antara JDT dan pencabar lain.

Di tempat lawan, JDT sudah 85 perlawanan tanpa kalah sejak 2018. Di laman sendiri pula 53 perlawanan tanpa kalah sejak 2021.

Piala FA? Empat kali berturut-turut. Piala Malaysia? Layak final enam kali berturut-turut dan berpeluang menjulang trofi sekali lagi.

Kelab lain baru masuk final sekali dua, cytro sudah buat ‘dokumentari khas’ di medsos. JDT jadikan final sebagai rutin tahunan.

Paling menarik pencapaian di peringkat Asia layak ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit menewaskan beberapa kelab gergasi Jepun.

Sebab itu kelakar bila ada yang cuba memperlekehkan musim berprestasi JDT hanya kerana Shopee Cup.

Shopee Cup bukan pertandingan FIFA atau kejohanan utama AFC. Penting tetap penting, tetapi jangan sampai buat-buat lupa kejayaan sepanjang musim Harimau Selatan.

Kesimpulannya, dalam semua aspek sukan bola sepak, sudah banyak tahun JDT duduk jauh di depan meninggalkan pencabar lain.

Jadi sebelum terlalu seronok meraikan JDT tak mara ke final Shopee Cup, cuba cari semula dimanakah pasukan sendiri?

Satu kegagalan kecil tidak akan memadam satu musim yang luar biasa. – MYNEWSHUB

Tags: FinalJDTJohor Darul Ta’zimKejayaanseluruh MuslimShopee Cup
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd