• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

oleh Mynewshub
04/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di media sosial, beliau mempersoalkan dakwaan bahawa antara 25 hingga 30 peratus daripada 80,000 peserta festival tersebut terdiri daripada pelancong asing.

Menurutnya, angka itu perlu diperincikan sama ada benar-benar melibatkan pelancong luar negara atau termasuk golongan ekspatriat serta pekerja asing yang sememangnya menetap dan bekerja di Malaysia.

Selain itu, beliau turut membangkitkan isu kos penganjuran serta kesan penutupan jalan utama di sekitar Bukit Bintang.

Katanya, perkara tersebut berpotensi mengakibatkan kerugian masa kepada pengguna jalan raya termasuk pekerja dan pemandu yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, selain implikasi ekonomi lain yang perlu dinilai secara menyeluruh.

Firdaus turut mempersoalkan rasional pemilihan lokasi acara berkenaan.

Beliau mencadangkan agar konsep festival bertemakan air seperti itu dianjurkan di taman tema sedia ada tanpa perlu menutup laluan utama di pusat bandar.

Dalam pada itu, beliau mengemukakan persoalan lebih besar mengenai hala tuju penganjuran acara seumpama itu.

Menurutnya, terdapat kebimbangan sama ada program tersebut sekadar alasan untuk menarik pelancong dan merangsang ekonomi, atau berpotensi membawa kepada pengaruh budaya luar yang boleh menghakis identiti tempatan secara beransur-ansur.

“Majoriti negara di dunia mempromosikan pelancongan dengan mengetengahkan identiti dan budaya mereka sendiri sebagai tarikan utama, bukan dengan mengangkat budaya luar,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau turut membandingkan pendekatan negara seperti Korea Selatan dan Jepun yang lebih menonjolkan budaya tempatan dalam usaha menarik pelancong antarabangsa. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Firdaus Wong Wai Hung

Tags: Firdaus Wong Wai Hungpekerja asingPelancongRain Rave 2026
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd