• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRM Anjur Bengkel Cara Berdakwah – Firdaus Wong

oleh Mynewshub
29/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MRM Anjur Bengkel Cara Berdakwah – Firdaus Wong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengajak orang ramai yang berminat untuk turun berdakwah agar merebut peluang menyertai program Bengkel Street Dakwah yang menawarkan latihan secara teori dan praktikal.

Menurut beliau, ramai yang mempunyai keinginan untuk berdakwah, namun tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah.

“Pernah terdetik nak turun berdakwah, tapi tak tahu nak mula dari mana? Inilah peluang anda,” katanya dalam satu kenyataan.

Program anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) dengan kerjasama Street Dakwah Malaysia itu bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta tentang teknik berdakwah secara berkesan, termasuk pendekatan di lapangan.

Beliau menegaskan bahawa dakwah bukan hanya untuk golongan tertentu, sebaliknya terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

“Tak kira muda atau berusia, lelaki atau wanita, setiap kita mampu menyampaikan kebenaran. Yang penting, ada semangat dan niat untuk mengajak manusia kepada Allah,” ujarnya.

Bengkel tersebut akan berlangsung pada 16 hingga 17 Mei 2026, bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang di Sheikh Hussain Yee Hall di 12-2 Jalan 4/27F, Kuala Lumpur.

Program ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman termasuk Bro Muhammad Azim, Ketua Bahagian Dakwah MRM dan Bro Adam Tan, Penolong Pengurus Bahagian Dakwah MRM.

Selain sesi teori, peserta turut akan mengikuti latihan praktikal di lapangan bagi memberi pengalaman sebenar dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM48, manakala tempat adalah terhad.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster atau menghubungi talian 010-355 6768 untuk maklumat lanjut.

Firdaus Wong turut mengingatkan bahawa peluang ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar dan memperbaiki kemahiran berdakwah secara berhemah dan berkesan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Firdaus Wong Wai Hung

Tags: Bengkel Street DakwahFirdaus Wong Wai HungMRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

Ramesh Peluk Islam Pada Usia 20 Tahun Selepas Dengar Kisah Nabi Muhammad

Ramesh Peluk Islam Pada Usia 20 Tahun Selepas Dengar Kisah Nabi Muhammad

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda berusia 20 tahun, dikenali sebagai Ramesh (bukan nama sebenar) memilih untuk memeluk Islam selepas tertarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd