• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

oleh Mynewshub
19/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kenyataan serta tindakannya yang didakwa mencetuskan keresahan awam.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya menjunjung kasih dan merafak sembah atas titah Sultan Selangor yang menegaskan kepentingan memahami prinsip Rukun Negara serta menghormati institusi Raja Berperlembagaan.

Menurut beliau, titah baginda bukan sekadar peringatan biasa, sebaliknya satu teguran serius terhadap sikap segelintir pemimpin politik yang didakwa gagal memahami batas adab dan penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

“Titah DYMM Sultan Selangor yang secara khusus merujuk wakil rakyat Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan Ronnie Liu jelas menunjukkan bahawa isu ini bukan lagi polemik biasa, tetapi telah menyentuh prinsip-prinsip asas kenegaraan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan sama, PN Selangor turut mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengambil tindakan tegas terhadap Siew Ki termasuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor.

Menurut Azmin, langkah itu penting bagi mempertahankan kemuliaan dan martabat Dewan Negeri Selangor dalam sistem Raja Berperlembagaan.

Beliau berkata kegagalan Menteri Besar bertindak hanya akan menimbulkan persepsi bahawa Dewan Negeri Selangor mengamalkan sikap pilih kasih dalam soal disiplin dan penghormatan kepada institusi diraja.

“Mana-mana pihak yang dipilih menjadi wakil rakyat wajib memahami bahawa kebebasan bersuara mesti datang dengan tanggungjawab, bukan kekebalan untuk mencabar adab, tatasusila dan prinsip Rukun Negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: ADUN DAPDatuk Seri Mohamed Azmin Alimohon maafperikatan nasionalPNSultan Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd