• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

oleh Mynewshub
31/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Misteri bunyi tapak kaki yang menghantui sebuah keluarga selama hampir dua minggu akhirnya terungkai apabila “suspek” yang disangka tikus, kucing atau musang rupa-rupanya seekor itik.

Kejadian lucu itu dikongsikan oleh pemilik rumah yang memaklumkan mereka sering mendengar bunyi sesuatu bergerak di atas siling rumah sejak dua minggu lalu sehingga menimbulkan kebimbangan.

Buntu dengan keadaan tersebut, mereka akhirnya menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Apa yang lebih mengagumkan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor dilaporkan tiba di lokasi dalam tempoh kira-kira 15 minit selepas menerima panggilan.

Operasi mencari dan menangkap “suspek” kemudian dijalankan sebelum anggota APM berjaya menemui punca sebenar gangguan tersebut.

Namun hasil pemeriksaan mengejutkan semua pihak apabila haiwan yang bersembunyi di atas siling itu bukanlah tikus, musang atau ular seperti yang dijangka, sebaliknya seekor itik yang comel.

Pemilik rumah turut meluahkan rasa terhibur dengan penemuan tersebut dan memuji tindakan pantas anggota APM Kuala Selangor yang berjaya menyelesaikan misteri berkenaan.

“Terbaik APM. Laju buat kerja. Kami bagi 10 bintang,” katanya.

Perkongsian kejadian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan identiti sebenar “suspek” selepas dua minggu menjadi buruan penghuni rumah.

Ramai berseloroh bahawa itik tersebut mungkin sedang mencari tempat berteduh atau mahu merasai pengalaman tinggal di “penthouse” secara percuma.

Dalam masa sama, orang ramai turut memuji profesionalisme dan tindakan pantas anggota APM yang sentiasa bersedia membantu masyarakat walaupun melibatkan kes-kes yang kelihatan kecil.-MYNEWSHUB

Sumber: APM Kuala Selangor

Tags: APM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd