• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat hingga Ahad (18-20 Oktober) ini berikutan dijangka berlaku fenomena air pasang besar hingga mencecah ketinggian 3.7 meter.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah APM Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, 90 anggota APM Perlis diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan kejadian itu termasuk kesediaan aset seperti lori, kenderaan pelbagai guna dan ambulans.

Beliau berkata, Jumaat hingga Ahad dijangka kemuncak kepada kejadian fenomena air pasang besar itu yang berisiko menyumbang kepada berlakunya banjir.

“Kita beri tumpuan pada hari kemuncak tesebut. Bacaan paras air laut dijangka paling tinggi mencecah 3.7 meter pada 19 Okt ini (Sabtu) iaitu lebih kurang 1.15 pagi.

“Pada Jumaat dan Ahad pula dijangka paras air mencecah hingga 3.6 meter masing-masing pada 12.42 tengah malam dan 1.49 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Izaimi berkata, penyediaan pusat pemindahan sementara (PPS) berkapasiti besar turut diberikan perhatian antaranya di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis, Dewan Kolej Vokasional Kangar dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau.

“Semua tempat ini dalam perhatian jika diperlukan pembukaan PPS berkapasiti besar,” katanya.

Mohd Izaimi berkata, terdapat risiko banjir jika air pasang besar itu berlaku serentak dengan hujan lebat dan antara kawasan yang mungkin terjejas ialah Kampung Bakau, Kampung Tok Kandang, Kampung Kota Keran dan Kampung Repoh bagi daerah Kangar.

“Sehubungan itu, penduduk kawasan berkenaan perlu peka dengan jangkaan air pasang besar ini dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir demi menjaga keselamatan diri serta harta benda masing-masing,” katanya. 

-Bernama

Tags: air pasang besarAPMBanjirPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd