• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marina Tarik Diri PRN Johor Selepas Ditawar Bertanding Kerusi Lain?

oleh Mynewshub
31/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Marina Tarik Diri PRN Johor Selepas Ditawar Bertanding Kerusi Lain?
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mengesahkan Pakatan Harapan (PH) bercadang menempatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk bertanding di kawasan lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, cadangan itu berdasarkan rundingan pembahagian kerusi PH Johor yang menyaksikan DAP berkemungkinan besar bertanding di satu kerusi bandar yang pernah dimenangi PH pada 2018.

Kata beliau, perkara itu telah dijelaskan secara terperinci kepada Marina sebelum ADUN Skudai itu membuat pengumuman untuk tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Pada asasnya, kepimpinan parti berpandangan bahawa Marina merupakan calon paling berpotensi yang mempunyai peluang kemenangan paling tinggi untuk menggalas misi strategik DAP melangkah keluar daripada kawasan tradisi parti.

“Semua perkara ini telah dijelaskan secara terperinci kepada Marina dalam perbincangan kami,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Nie Ching turut mengesahkan beliau mencadangkan kepada PH supaya Marina dilantik sebagai pengerusi sebuah badan berkanun kerajaan tanpa mengira keputusan PRN kelak.

Terdahulu, satu surat dipercayai oleh Marina kepada Pengerusi DAP Johor menolak tawaran bertanding di DUN Tiram dan menolak tawaran diberi jawatan badan berkanun sekiranya tidak berjaya di kerusi tersebut tular di media sosial.

“Saya tidak membuat keputusan menolak tawaran secara bersendirian, saya ambil
Keputusan ini setelah berbincang dengan ahli saya yang menjadi tulang belakang semenjak awal saya berada di Skudai,” kata kandungan surat tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teo Nie Ching

Tags: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) SkudaibertandingJohorKawasan LainKerusi DUNMarina IbrahimPengerusi DAP JohorPRNTeo Nie Ching
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd