• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

oleh Mynewshub
11/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin dekat?”

Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya membangkitkan persoalan itu susulan penganjuran konvensyen berkaitan bangsa Melayu oleh dua parti politik semalam.

Menurut beliau, UMNO menganjurkan Konvensyen Musyawarah Nasional dengan tema “Keresahan Bangsa Melayu – Apa Penyelesaiannya”.

Kata beliau, pada hari yang sama, parti PAS pula menganjurkan Konvensyen Tanah Rizab Melayu.

“Tajuk kedua-dua program ini memang menarik tetapi ia bukan perkara baharu. Dah lama NGO Melayu berbincang dan mengemukakan cadangan, tetapi tidak nampak apa-apa tindakan.

“Bukan apa, tak larat dah melihat orang Melayu sering menjadi mainan politik. Kesian kepada anak bangsa.

“Balik-balik yang untung adalah parti dan orang politik, manakala orang Melayu tetap menderita,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Aminuddin berkata, beliau bagaimanapun cuba untuk bersangka baik dan mengharapkan apa yang dihasilkan dalam konvensyen itu benar-benar menjadi realiti.

Menurut beliau, penderitaan Melayu bukan disebabkan polisi atau dasar yang salah, tetapi pemimpin Melayu yang tidak mempunyai keberanian politik. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun media sosial Aminuddin Yahaya

Tags: Aminuddin YahayaKonvensyenMelayuPASPengerusi Gabungan NasionalisUMNO
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mendedahkan beliau dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sempat berseloroh...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd