• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

oleh Mynewshub
02/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Realiti semasa menunjukkan sokongan dan keakraban orang Melayu terhadap UMNO tidak lagi seperti dahulu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, situasi itu perlu diperbetulkan melalui pendekatan baharu.

“Orang Melayu hari ini tidak lagi semesra seperti dahulu dengan UMNO. UMNO seolah-olah terpinggir daripada naratif kejayaan mereka.

“Ini hakikat yang mesti kita akui. Ia mesti kita perbaiki. UMNO mesti mengembalikan keyakinan bangsa, dengan prestasi, kejujuran, dan pembaharuan yang nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Mohamad berkata, cabaran UMNO kini adalah untuk menyantuni generasi baharu yang disifatkan sebagai pribumi digital.

“Lahir dan membesar dalam dunia tanpa sempadan dan persekitaran digital total. Semakin jauh dari akar budaya dan sejarahnya.

“Lalu bagaimana UMNO akan memukau perhatian mereka tentang keindukan Melayu, perjuangan kebangsaan dan kelangsungan bangsa?” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanKeakrabanMelayupartiTimbalan Presiden UMNO
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Apa Orang Melayu Takut Sangat DAP, Anak Perempuan Kena Pakai Skirt Kah?” – Mat Sabu

“Apa Orang Melayu Takut Sangat DAP, Anak Perempuan Kena Pakai Skirt Kah?” – Mat Sabu

31/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu menempelak orang Melayu menolak DAP. Beliau mempersoalkan mengapa Melayu...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd