KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan tidak lagi bersifat berkias.
Menurut beliau, nama dua individu terbabit disebut secara spesifik dalam titah berkenaan dan tidak sepatutnya lagi disalah tafsir oleh mana-mana pihak.
“Nama dua harbi disebut secara spesifik dalam warkah Tuanku. Kalau tak faham lagi, tak tahu nak cakap apa dah.
“Saran saya, pindahlah ke tempat lain yang dapat menerima kedua-dua harbi ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Sementara itu, pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung turut menegaskan bahawa Sultan Selangor secara terbuka menamakan individu yang ditegur dalam titah tersebut.
Menurutnya, tindakan Sultan Selangor menyebut nama secara terus menunjukkan ketegasan baginda dalam mempertahankan kedaulatan institusi diraja dan prinsip Rukun Negara.
“Kali ini Sultan Selangor tidak lagi berlapik. Baginda petik nama mereka terus.
“Andai rakyat dan politikus masih tidak faham, maka ketahuilah bukannya titah Baginda tidak jelas tetapi mereka enggan memahaminya,” katanya lagi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Firdaus Wong Wai Hung/Mohd Ridhuan Tee Abdullah


