• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

oleh Mynewshub
03/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan terbanyak dalam satu musim.

Rekod itu dilakar selepas kemenangan besar 7-0 ke atas Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan meledak 103 gol sepanjang musim Liga Super Malaysia 2025/26.

Ia sekali gus memadam rekod terdahulu iaitu 100 gol yang dicatatkan dalam 26 perlawanan pada musim 2023.

Lebih membanggakan, pencapaian 103 gol itu diraih hanya dalam 23 perlawanan, membuktikan ketajaman jentera serangan JDT musim ini.

Dalam aksi malam tadi, tujuh gol JDT dijaringkan oleh Ager Aketxe (minit ke-17), Óscar Arribas (34’), Stuart Wilkin (72’), Teto Martín (76’), Ajdin Mujagić (82’), Eddy Israfilov (84’) dan Manuel Hidalgo pada masa kecederaan.

Prestasi luar biasa itu terus memperlihatkan dominasi JDT dalam kancah bola sepak tempatan. – MYNEWSHUB

Tags: jaringan terbanyakJDTJohor Darul Ta’zimLiga SuperRekod baharu
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd