• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

oleh Mynewshub
18/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan yang memerlukan kesabaran, toleransi dan persefahaman seperti alam perkahwinan.

Menurut beliau, tempoh lima tahun pertama dalam sesebuah gabungan politik merupakan fasa paling mencabar kerana melibatkan perbezaan budaya, latar belakang serta cara pemikiran antara parti-parti yang bekerjasama.

“Gabungan parti politik ni macam perkahwinan. Lima tahun pertama memang ujian besar. Kalau lepas lima tahun biasanya dah faham hati budi, insya-Allah bergaduh pun kecil saja, tak ada sampai nak failkan cerai. Lainlah kalau masing-masing buat perangai dajal,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam berpolitik dan tidak melampaui batas sehingga mencetuskan permusuhan berpanjangan.

“Berpolitik ni agak-agaklah. Jangan sampai maki tak ingat dunia sebab esok tak tentu musuh. Kalau berbaik nanti, malu muka sendiri. Hati ni Allah jadikan tempat paling sensitif. Sekali tercalar mungkin boleh dimaafkan, tapi kesannya sepanjang hayat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohd Fadzli berkata politik masa kini memerlukan pendekatan lebih matang dengan usaha menjalinkan hubungan baik bersama semua pihak tanpa terlalu taksub kepada perpecahan.

“Ada jenis manusia, kalau dia berbaik dengan A, dia akan bergaduh dengan B. Maknanya dia tak boleh berbaik dengan semua orang dalam satu masa.Dalam politik baharu, kena cuba berbaik dengan semua pihak,” ujarnya.

Beliau turut berpandangan bahawa dunia politik tidak semestinya dipenuhi kebencian kerana perselisihan dalam politik kebiasaannya tidak menghalang kerjasama apabila melibatkan kepentingan parti dan rakyat.

“Dalam politik walau bergaduh macam mana pun, bila berdepan akan senyum sampai ke telinga. Bila bergaduh baling kerusi, masa pilihan raya bersatu menangkan parti, bila ceramah sentiasa sebut agama walaupun ada yang cari dalil untuk kata perbuatan sendiri betul dan orang lain salah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadzli berkata perubahan pendirian dalam politik merupakan perkara biasa kerana keputusan sering dipengaruhi keadaan semasa serta keperluan semasa sesebuah gabungan.

“Rilek. Dalam politik biasanya keputusan berubah-ubah ikut waqi’. Jadi jangan hairan kalau hari ini lain, esok lain. Hari ini sokong UEC, esok tak sokong. Alasan boleh direka,” katanya.

Beliau turut mengakui setiap parti politik sememangnya mahu menjadi dominan, namun perkara itu tidak seharusnya membawa kepada penindasan terhadap rakan dalam gabungan.
.
“Belajar dari Indonesia. Prabowo dan Jokowi dulu musuh ketat. Parti Prabowo kecil, tapi Jokowi ambil Prabowo dalam kabinet Indonesia. Ada yang tak puas hati, tapi tak dengar Prabowo tarik sokongan. Akhirnya Prabowo jadi Presiden sekarang. Indonesia pun tak lagi sehuru-hara seperti dulu,” katanya.

Beliau berkata sejarah politik di Malaysia juga menunjukkan pemimpin daripada blok berbeza pernah bekerjasama sebelum ini dan perkara tersebut tidak seharusnya dianggap luar biasa.

“Anwar bukan tak pernah bersama Haji Hadi masa dalam Pakatan Rakyat. Zahid Hamidi bukan tak kenal Muhyiddin masa dalam UMNO. Kita kena hidangkan rakyat sesuatu yang baharu. Politik tanpa khianat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Fadzli Mohd Ramly

Tags: GabunganMohd Fadzli Mohd RamlypartiPengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahangperkahwinanpolitikujian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Realiti semasa menunjukkan sokongan dan keakraban orang Melayu terhadap UMNO tidak lagi seperti dahulu. Timbalan Presiden UMNO,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd